Saturday, August 13, 2016

RR ikon: Alasan Untuk Berjaya

Setiap orang ada alasan mengapa memilih kerjaya tertentu dalam hidup mereka. Bagi Charles Loke Chee Kin, 25, lulusan Diploma Interior Design dari One Academy Sunway ini, peluang untuk mengubah lingkungan ruang hidup, seni, dan kemahiran komunikasi adalah perkara yang mengukuhkan pendiriannya mencebur diri dalam lapangan rekaan dalaman. Bagi dirinya, kepuasan pelanggan adalah satu kejayaan.

rr-ikon-charles

Kongsikan pengalaman dan perjalanan Charles dalam industri sehingga tahap ini dan membuka syarikat rekaan dalaman sendiri?
Sudah lima tahun saya berada dalam industri rekaan dalaman. Pernah bekerja sebagai Interior Designer di Singapura selama dua hingga tiga tahun sebelum ini dan sekarang saya bekerja sebagai Pengarah Kreatif di syarikat kepunyaan sendiri iaitu Mode Interior Style di Seri Kembangan, Selangor.

Cabaran menjadi seorang Interior Designer?
Sebagai Interior Designer, kami menggalas tanggungjawab yang sangat besar kerana kerjaya kami berkait rapat dengan kehendak pelanggan dengan pelbagai latar belakang.

Bidang ini juga bukan bidang yang mudah kerana memerlukan ilmu yang mendalam tentang material yang digunakan sehinggalah aspek keselamatan.

rr-ikon-charles-2

Konsep rekaan dalaman yang digemari secara peribadi?
Saya suka konsep moden futuristik, kerana konsep ini menitik beratkan soal idea, warna, gaya dan susun atur yang menampakkan gabungan menarik dan ada ciri ciri rekabentuk masa hadapan. Konsep ini boleh dilihat melalui permainan warna dan perabot yang unik.

rr-ikon-charles-1

Bagaimana Charles membangunkan kemahiran diri?
Sebagai Pengarah Kreatif saya telah terlatih untuk beri tunjuk ajar kepada pekerja bawahan yang sudah dianggap seperti keluarga di Mode Interior Style. Tiada istilah pangkat, kami saling menghormati antara satu sama lain sebagai satu rakan sepasukan. Wajib bagi saya untuk melatih mereka dan secara automatiknya semasa saya berkongsi ilmu dengan mereka kemahiran saya juga turut berkembang. Jadi, saya beranggapan bahawa ilmu harus dikongsi supaya ia akan lebih berkembang.

rr-ikon-charles-3

Ruang yang baik menurut Charles?
Ruang yang baik bagi saya ialah ruang yang bukan cuma mempunyai nilai estetika semata-mata, ia merangkumi semua aspek, iaitu     berfungsi dengan baik, keselamatan terjamin.   Dari segi pelan ruang, tiada trafik yang tersekat kerana trafik adalah satu faktor sesuatu ruang berfungsi dengan baik. Selain itu, ruang yang mempunyai focal point juga salah satu ruang yang baik.

Bagaimana anda bekerja dengan pelanggan?
Saya seorang yang peramah dan kadang-kadang pembaca minda. Biasanya apabila berinteraksi dengan client, saya akan menyakinkan pelanggan ke arah hasil yang terbaik sehingga membuat mereka merasakan mereka yakin dengan pilihan konsep interior yang mereka pilih. Saya sentiasa menetapkan design saya dan kehendak pelanggan saya. Jadi, design dan konsep yang pelanggan mahukan selari.

rr-ikon-charles-potrait

Kerjaya : Pereka Dalaman
E: 
mode.charlesloke@gmail.com

The post RR ikon: Alasan Untuk Berjaya appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.

No comments:

Post a Comment