Friday, August 5, 2016

RR ikon: He Knows What He Wants

Hobi dan kecenderungan sejak di awal usia muda membawa langkah Lee Chee Siung, 39, ke arah haluan perjalanan hidupnya hari ini. Jika dahulu Jeff banyak berkesperimental dengan susun atur kediaman keluarganya, hari ini beliau adalah master mind dan Pengarah Kreatif syarikat Turn Design Interior. Anak kelahiran Kuala Lumpur ini mendapat pendidikan formal dari Alfa College menuntut dalam jurusan Diploma Interior Design dan Advance Diploma Interior Design & Furniture Design.

tdi-designers

Design has been part of me since  I can remember and I know I wanted to be an interior designer.

Terlibat dalam industri kreatif, bagaimana anda memahirkan diri dan membangunkan kreativiti dari hari ke hari?
Saya gemar mengembara. Setiap kali pergi ke tempat baru mendedahkan saya kepada idea baru. Pendedahan tentang dunia luar memberi inspirasi baik cara hidup mereka, seni bina, sejarah atau proses modeniasasi yang dilalui oleh suatu tempat. Manakala cara paling ekonomi untuk meluaskan pemandangan adalah dengan mengemaskini perkembangan dunia interior design melalui majalah, internet dan media sosial.

tdi-project

Cabaran yang dihadapi seharian sebagai pereka dalaman?
Cabaran meyakinkan pelanggan berpotensi bahawa kita berada di pasaran untuk membantu mereka menjimatkan wang dalam jangka masa panjang. Ramai mempunyai tanggapan salah bahawa reka bentuk dalaman terlalu mahal dan satu pembaziran. Ironinya perkhidmatan interior design yang mempunyai pelan induk perancangan pengubahsuaian ruang dari awal akan menyelamatkan banyak kos dalam jangka masa panjang.

Konsep rekaan dalaman kegemaran?
Secara peribadi, saya gemar menikmati alam semula jadi. Matlamat saya adalah untuk membawa keindahan alam semula jadi di dalam setiap projek rekaan saya. Gaya signature pula ialah kombinasi unik butiran reka bentuk berciri abadi bersama trend semasa.

tdi-project-1

Bagaimana dengan peluang membuktikan profesionaliti dan versetaliti anda dalam reka bentuk. Adakah konsep signature anda menerima banyak permintaan dari pelanggan?
Dalam dunia hari ini, orang mahu sebuah rumah yang menakjubkan untuk didiami. Ia adalah satu trend yang mengujakan kami sebagai interior designer kerana kami mempunyai peluang luas mencurah idea. Tentang gaya signature saya pula, ia sentiasa mempunyai permintaan tinggi meski dalam arus perubahan trend interior design.

tdi-project-2

Evolusi reka bentuk dalaman dahulu dan kini yang ketara?
Pada era kemiskinan ekonomi, rumah hampir tidak mempunyai personaliti dan pada dasarnya sekadar menjadi satu tempat untuk didiami semata mata. Namun kini, rumah dilihat dari perspektif berbeza untuk sebuah gaya hidup yang lebih baik.

Dari segi perubahan trend penataan, sebelum ini ruang tamu adalah kebimbangan utama pemilik rumah namun hari ini saya melihat trend bahawa pemilik rumah menghabiskan sejumlah besar bajet mereka di dapur dan bilik mandi dengan kelengkapan baru. Pemilihan warna pula lebih cenderung ke arah warna bumi, warna coklat semula jadi dan hangat berbanding warna vibrant dan loud pada masa lalu. Reka bentuk kini juga memberi tumpuan dalam aspek inovasi lampu dan pencahayaan. Pencampuran accent lighting dan task lighting digunakan untuk mewujudkan suasana visual menarik

The post RR ikon: He Knows What He Wants appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.

No comments:

Post a Comment