Menggunakan pengering pakaian memastikan pakaian tidak lagi terdedah kepada hujan, kelembapan, udara yang tercemar dan membantu menghilangkan bau hapak serta membuat pakaian kekal segar lebih lama. Ia bagaimanapun boleh menambah jumlah agak tinggi pada tanggunangan kewangan. Sebuah pengering pakaian biasa memerlukan kuasa elektrik 1800 ke 4500 watt.
Pengering pakaian menggunakan teknologi pam haba (heat pump) menawarkan penyelesaian kepada masalah ini. Inovasi Electrolux EDH3497RDW menawarkan 50% penjimatan tenaga berbanding pengering lain tanpa menjejaskan prestasi pengeringan. Suhu pengeringan di dalam pengering pam haba (heat pump dryers) dikurangkan kira-kira 25°C berbanding pengering lain, menjadikan fabrik pakaian lebih terjaga.
Electrolux Heat Pump Technology berfungsi dengan mengekalkan semua haba di dalam litar udara tertutup (closed air circuit) . Udara dipanaskan dalam Condenser dan kemudian beredar dalam drum untuk mengeringkan pakaian. Udara panas yang lembap disalurkan ke Evaporator di mana kelembapan akan disejatkan dan dikumpulkan dalam bekas air khas. Litar udara tertutup mengitar semula udara dipanaskan secara cekap dalam sistem pengeringan ini, sekali gus mengurangkan jumlah tenaga yang diperlukan untuk mengeringkan pakaian.
Antara ciri lain yang terdapat dalam pengering Electrolux ini adalah program wul yang mempunyai pengesahan Woolmark akan mengeringkan pakaian lembut anda dengan selamat.
Electrolux Consumer Care Centre
Lot C6, No. 28, Jalan 15/22,
Taman Perindustrian, Tiong Nam,
40200 Shah Alam, Selangor.
T: 1-300-88-1122
F: +603-5524 2521
W: http://ift.tt/1MBqdim
FB: http://ift.tt/1HwgGbf
The post RR Love: Dryer Tenage Rendah appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.
No comments:
Post a Comment