Friday, August 12, 2016

RR Love: Fotile

fotile

Berdarah kacukan Melayu, India dan Cina membuatkan dirinya mudah untuk menerima apa jua juadah. Atilia tidak cerewet dalam memilih makanan, baginya asalkan boleh makan dan mestilah sedap. Tidak hairan jika beliau menggemari masakan pedas dan berempah, ini adalah hidangan pembuka selera bagi Atilia. Bersaiz kecil molek, selebriti Raja Putri Atilia Raja Harun, 42, lebih senang disapa dengan panggilan Atilia, adalah salah seorang selebriti yang suka memasak. “Saya belajar memasak daripada mama, hidangan yang amat saya suka adalah masakan Melayu yang pedas dan banyak guna rempah ratus”, nyata Atilia.

Sekalipun memasak hidangan barat, rencah ala masih menjadi pilihan utama. Pada hari team rrenovation mengunjunginya, Atilia menyediakan hidangan istimewa spaghetti bolognese, hidangan Itali yang dicampur rasa cili menepati cita rasa penyanyi yang turut mewarisi galur kacukan Melayu, India dan Cina ini.

Saat ditanya tentang kekerapan memasak memandangkan beliau seorang yang sentiasa sibuk, bagi pengamal meditasi Yoga ini pengurusan masa amat penting termasuk masa memasak. Segalanya perlu dilakukan dengan pantas dan sempurna. Bagi urusan dapur, teknologi sangat membantu, kerana itu beliau memilih hud dapur Fotile W.

fotile-1

“Apa istimewanya, Fotile W ia dapat memerangkap asap dan minyak supaya tidak keluar dari empat penjuru Hud. Lebih senang kerja selepas memasak, menjimatkan masa untuk mengemas kerana hanya perlu membuka pelantar dan membersihkan hud, tiada kotoran minyak di tempat lain” ujarnya tidak risau jika mahu menumis. Sambil bercerita tentang Fotile W, Atilia memasak hidangan kedua sambal daging, salah satu resipi kesukaannya.

Fotile W berfungsi dengan lebih senyap (49dB) berbanding dengan hud biasa memberikan ketenteraman ketika memasak. Teknologi sedutan secara sekeliling lebih inovatif serta meningkatkan zon pemerangkapan dengan lebih luas iaitu 0.21m persegi, menjamin tiada kesan minyak dan asap yang terlepas keluar dari 4 penjuru hud. Manakala pelantar Fotile W mempunyai kuasa penyedutan sekeliling yang lebih luas 2.34 kali ganda, memudahkan penyikiran kesan minyak dan asap secara sekaligus, dan dengan lebih efektif.

Fotile Flagship showroom
A4-G1-02, Solaris Dutamas, No.1, Jalan Dutamas 1, 50480 Kuala Lumpur
T:   +603 6205 5306
F:   +603 6205 5307
W:  www.fotile.com.my
FB: Fotile Malaysia
IG: #FotileMalaysia

The post RR Love: Fotile appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.

No comments:

Post a Comment