Memang mudah mengawal suasana sekitar dengan kipas siling LED Panasonic baru. Ia bukan sahaja menyebar bayu angin yang menyenangkan, malah menyediakan tetapan mengikut mood dimahukan melalui empat Mode pencahayaan.
Jika mahu atmosfera romantik dalam suasana nyaman pilih Romantic Mode. Nikmati jalan cerita sebuah filem bersama popcorn kegemaran di bawah Ambient Mode. Bagi yang memerlukan ruang tenang sewaktu bersendirian bersama buku kesukaan pilih Reading Mode. Chilled out bersama rakan sambil menikmati hidangan kegemaran dalam persekitaran kasual yang diciptakan oleh Relaxed Mode.
Kipas LED Panasonic dibangunkan dengan teknologi DC (Direct Current) Motor. Kelebihan DC Motor adalah dari segi penjimatan tenaga sehingga 55% berbanding kipas biasa yang menggunakan AC Motor. Bersaiz kompak dan ringan DC Motor beroperasi secara senyap.
Didatangkan dalam warna platinum silver, kipas LED Panasonic direka dalam dua pilihan saiz iaitu short pipe (QPI) 327mm dan long pipe (RPI) 405mm. Mempunyai 200 flux features kipas ini menawarkan sehingga 85% penjimatan tenaga keseluruhan.
Senang dikawal hanya dengan tolakan mudah butang mesra pengguna, sebuah ruang boleh ditukar menjadi satu dimensi bernafas segar. Sembilan pilihan kelajuan membolehkan pengguna menentukan kadar sebaran angin semula jadi dalam rumah mengikut cita rasa.
Panasonic Malaysia Sdn Bhd
Lot 10, Jalan 13/2, 46200 Petaling Jaya, Selangor.
T: +603 7953 7600
E: ccc@my.panasonic.com
W: www.panasonic.com.my
The post RR Love: Panasonic appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.
No comments:
Post a Comment