Wednesday, August 17, 2016

RR Makan-Makan: Kafe Hipster Di Shah Alam

youness-cafe-1
Berpeluang mengembara ke beberapa negara di benua Eropah bersama keluarga, singgah dari satu kafe ke satu kafe serta pelbagai restoran mengutip pengalaman gastronomi, Nazirul Muben Yunus, 26, membawa pulang inspirasi dari tempat dilawati untuk memulakan perniagaan di sini. Lulusan diploma kulinari dari Taylor College ini membuka sebuah kafe hipster, Youness Café yang menyediakan sebuah ruang makan santai sesuai untuk makan bersama keluarga dan rakan-rakan.

Youness Café terletak di Jalan Tukul Seksyen 15 dalam jarak hanya beberapa minit pemanduan dari pusat Bandar Shah Alam. Dengan kedudukan di kawasan perindustrian pesat disamping menawarkan kelainan resipi hidangan, tidak hairan jika Youness Café menerima sambutan menggalakkan dan review positif dari pelanggan.  Selain dibantu oleh saudaranya, Johan Yunus, 31, yang merupakan chef di bahagian kitchen dan Nabila Hana Yunus, 19, sebagai Chef pastry, Muben turut dibantu oleh lapan orang pekerja muda mahir untuk menggerakkan operasi Youness Café setiap hari.

youness-cafe-2

Daripada pelbagai pilihan hidangan western seperti steak, chicken chop, burger, pasta, pengunjung sangat disaran untuk mencuba menu meatball mereka. Menu ini menjadi signature dish di sini. Pilihan minuman pula merangkumi coffee, tea, chocolate, milkshakes dan lemonade.

youness-cafe-caborana

Jika singgah di kafe ini, jangan lepaskan peluang untuk merasai keenakan dessert yang disediakan. Brownies, cupcake, apple crumble, oreo cheesecake, red velvet cake adalah antara hasil air tangan Nabila Hana istimewa buat pelanggan Youness Café.

youness-muffin

Menikmati hidangan dengan iringan muzik sebagai halwa telinga, alunan independent rap, folk, dan lagu pilihan lain yang diputarkan cukup mengasyik dalam kedamaian kafe seperti berada di rumah sendiri.

youness-cafe

Anatomi rekaan dalaman Youness Café menyerlahkan gaya hipster dengan olahan dekorasi vintage, retro, old European dan minimalis. Di satu sudut, pengunjung boleh menjamu mata dengan koleksi barangan vintage dan retro. Item ini dikumpul dan dibeli dari pasar terkenal menjual barangan seni seperti pasar Ipoh, Muar, Penang dan ada di antaranya dibawa pulang dari luar Negara. Old briefcase, pasu bunga, hiasan tradisional, mason jar serta pelbagai item lagi, himpunan ini disusun dengan kreatif. Bagi pencinta fotografi, ia adalah tetapan cantik untuk dipotret.

Menariknya tentang kafe ini, susun atur dan dekorasi dalaman akan diubah sekali sekala mewujudkan suasana berbeza terutamanya bagi pelanggan yang kerap singgah disini. Homely dalam persekitaran selesa berkonsepkan family style dengan setiap meja boleh dikongsi minimum empat orang dan lebih.

Memikat dengan penataan rapi, susun atur yang bersih turut menampilkan rombakan kepelbagaian tekstur seperti lantai polished cements, dinding bata serta dinding tumpu papan bergaya tradisional secara tidak langsung mengadukkan sedikit ciri industrial ke dalam kafe hipster ini.

Jika kena pada masa dan cuaca baik, pengunjung kafe berpeluang menikmati suasana matahari tenggelam di sebalik bangunan berhampiran, menghasilkan silhouette dan biasan atmospheric lighting menembusi pintu kaca dan picture window, menjadi tetapan semula jadi yang mengagumkan.

youness-cafe-team

Kafe berkonsepkan santai ini mendapat sambutan yang cukup menggalakkan. Selain dibuka dari Isnin hingga Sabtu untuk persinggahan bersama keluarga dan rakan, Youness Café juga menawarkan pakej private event dan turut menyediakan perkhidmatan delivery di sekitar Shah Alam.

http://ift.tt/2aUvTs0

The post RR Makan-Makan: Kafe Hipster Di Shah Alam appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.

No comments:

Post a Comment