Tak perlu modal besar pun untuk memasang buaian di sekitar rumah anda, apatah lagi kalau ada pohon besar di halaman, itu adalah satu bonus! Cari tali dan tempat untuk duduk sudah cukup.
Tayar recycle
Berkisah tentang buaian sememangnya membawa memory memintas terowong masa, pulang ke zaman dahulu kala. Generasi tahun 90-an dan para senior yang lahir sebelumnya serta membesar di kampung rasanya ramai akan bersetuju, one of our earliest memory is seeing our father and our brother hanging a big tyre with a rope to the big tree for us to sit and swing. Perasaan sangat seronok masih segar berbekas di hati. Berikan keseronokan itu kepada anak kita untuk mengalaminya pula.
Selain tayar, ada juga yang jadikan pelampung sebagai buai. Tapi kini di pasaran terdapat jenis buaian pelampung khas yang berbentuk belon dipanggil buoy ball swing.
Jaring
Bukan benda aneh kalau melawat perkampungan nelayan, pukat menjadi buaian mereka. It shows how close their soul to the sea! Recycle jaring untuk jimat. Tidak perlu bimbang kerana talinya memang diperbuat kukuh dan lasak.
Tapi kalau sudah duduk di tengah Kuala Lumpur, tak perlulah berusaha ke Kuala Terengganu semata mata untuk mecari pukat buat buaian. Beli jaring khusus untuk buaian yang dipanggil meshy hammock. Lebih selamat untuk keluarga anda berehat.
Buaian kain
Buaian kain yang dimaksudkan disini bukan buaian kain batik atau pelikat ibu ayah yang digantung untuk dodoikan bayi tapi buaian daripada fabrik yang lebih kukuh untuk dijadikan buaian orang dewasa. Pilih jenis fabrik yang tidak panas dan kasar apabila bergeseran dengan kulit. Contohnya 100% cotton atau campuran cotton dan poly.
Kayu dan buluh
Di Malaysia, kayu berkualiti dan buluh mudah diperoleh menjadikan dua bahan ini popular dalam pembuatan buaian. Sama ada menghasilkannya sendiri atau membeli rekaan pasang siap, kedua duanya membawa rasa kedesaan ke dalam taman kita.
Buaian Besi
Buaian besi popular sejak lama dahulu lagi. Wrough iron swing terkenal dengan ketahanannya melalui perubahan cuaca. Tidak hairan kalau masih ada buaian besi di rumah ibu bapa anda yang menjangkau usia puluhan tahun ditambah dengan penjagaan yang baik.
The post RR Tips: 5 Buaian Taman, Dulu Kini Dan Selamanya! appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.
No comments:
Post a Comment