Friday, September 2, 2016

RR Idea Bilik Air: Ruang Mandi Terbuka

Lari dari pandangan biasa bahawa bilik mandi hanya untuk membersihkan diri yang di reka dalam sebuah bilik tertutup. Pasti ada berkata kita bukan orang barat! Ingin wujudkan kamar mandi terbuka, keluar dari rekaan biasa pasti mengundang keseronokan dalam seni penataan.

bilik-air-yong-design
Direka oleh | Yong Design

Atmosfera Santai
Teres atas bumbung adalah salah satu tempat yang sesuai untuk merekabentuk kawasan mandi terbuka. Ambil inspirasi daripada rekaan ruang mandi terbuka seperti yang direka oleh dua Pereka GDY Design & Construction, Sharon Loh dan Justin Goh ini. Sebuah ruang mandi moden kontemporari dibentuk di dalam sebuah ruang dinding kaca. Tirai putih nipis dipasang di sekeliling jakuzi. Hiasan bunga ungu di sisi dan gantungan tumbuhan hiasan pada panel yang dipasang pada kaca menyegarkan pemandangan sekitar bukan sekadar hiasan malahan ia masih berfungsi untuk pemandangan terus dalam ruang mandi terbuka ini. Hiasan rama-rama menghidupkan suasana tambahan lilin serta batu putih atas lantai marmar mencipta suasana dekorasi spa dan resort tanpa disedari.

bilik-air-gdy
Direka oleh | GDY Design & Construction

Moden & Tradisional
Anjung selalu menjadi tempat santai, minum petang atau beristirehat di kerusi malas sambil mengirup udara segara. Berbeza pula dengan banglo yang mendapat sentuhan rekaan dalaman daripada Jashen Interior Design ini, kawasan anjung diubah suai menjadi ruang mandi terbuka cukup memukau. Luas terbina dari lantai marmar menempatkan sebuah jakuzi dan seunit sinki disamping pemasangan sebuah cermin dinding. Elemen kayu mahogani gelap mewujudkan rasa kukuh dan semula jadi. Lampu gantung klasik mencetus kesan dramatik di dalam ruang berkonsep moden dan tradisional ini.

Berada di persekitaran yang dikelilingi tumbuhan hijau memberi kelebihan pada kediaman ini. Kedudukan anjung terletak pada tingkat atas yang lebih tinggi dari kediaman sekeliling membolehkan mandi sambil menikmati panorama semulajadi di sekitarnya, pasti memberi rasa damai dan tenang. Jika masih mempunyai rasa kurang selesa tambah tirai di sekililing kawasan tersebut bagi rasa yang lebih peribadi.

bilik-air-soul-frame
Direka oleh | Soul Frame Design

Tips: Dua tab mandi memberi pilihan kepada pemilik mengikut kesesuaian dan keperluan. Ruang yang luas dan terbuka mewujudkan suasana damai dan selesa. Sempurna serba lengkap dengan gaya lebih santai.

bilik-air-jashen
Direka oleh | Jashen Design

Selanjutnya: 5 Perkara Merancang Gazebo

Pelik Tapi Menarik
Rekaan ruang ini sedikit janggal tetapi sesuai untuk yang inginkan kelainan. Ia merupakan satu kelainan menikmati kebebasan mandi di ruang terbuka. Berada di luar vila Canary Residence, Pereka dari Sachi Interior Design mereka bentuk sebuah ruang mandi gaya zen. Pereka Jessica Cheah dan Tennyson Chia menyempurnakan sebuah ruang mandi yang dilengkapi tab mandi di atas platform kayu berserta batu hiasan kecil di sekitar tab menambah rasa semulajadi. Lantai dihampari dengan rumput menghijau dijaga rapi.

A 21446
Direka oleh | Damilano Studio

Ruang mandi ini tampak berani di sudut laman terbentang luas tanpa menghiraukan sekeliling. Ruang ini juga menjanjikan peluang untuk merasai pengalaman mandi yang berbeza dan jarang boleh ditemui ketika mandi di ruang tertutup. Bagi yang mahu sedikit privacy atau mahu kawasan yang terlindung kerana cuaca panas siang hari atau sebaliknya, pertimbangkan untuk menambah kanopi atau penghadang pandangan terus secara langsung supaya dapat juga mandi dengan selesa pada waktu siang yang terik.

Selanjutnya: 5 Buaian Taman, Dulu Kini Dan Selamanya!

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

The post RR Idea Bilik Air: Ruang Mandi Terbuka appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.

No comments:

Post a Comment