Thursday, October 27, 2016

RR idea Ruang Tamu: Ketenangan Yang Ditemui

Tenang Disebalik Hijau Dedaun
rr_41_idea_ruang_tamu_konan_design
Direka oleh | Konan Design

Memasukkan tumbuhan hijau dalam rumah sering disyorkan untuk memberi kesegaran dan rasa damai dalam sesebuah ruang. Ada benarnya cara ini tetapi ia masih mempunyai kesan negatif antaranya tanaman hijau dalam rumah boleh menyebabkan ruang tamu kelihatan kotor apabila dedaun jatuh ke lantai, selain mengakibatkan terbentuk kesan mold, membawa debunga dan alergen lain ke rumah, yang tidak sesuai untuk persekitaran penghuni yang menghidap asma dan alahan.

Oleh itu, hanya beberapa jenis tumbuhan hiasan sesuai dibawa masuk kedalam ruang tamu antaranya peace lily, snake plant, red edged dracaena antara beberapa pilihan yang memiliki kebaikan meningkatkan kualiti udara dalam rumah.

Cahaya Dan Udara Nyaman
rr_41_idea_ruang_tamu_konan_design_living

Cahaya semula jadi adalah sumber terbaik bagi mencipta suasana tenang namun pada waktu tengahari cahaya matahari yang menembusi barangkali sangat panas. Sebab itu diperlukan langsir atau sekurang-kurangnya tirai nipis. Bidai juga boleh mengawal jumlah cahaya. Pada waktu malam cahaya lampu yang menerangi seharusnya selesa pada penglihatan. Sebelum membeli, pilih lampu yang tidak menghasilkan cahaya terlalu terang atau silau.

rr_41_idea_ruang_tamu_x2_concept
Direka oleh | X Two Concept

Selain cahaya peredaran udara mengekalkan suhu yang selesa terutama dalam cuaca panas. Tinggal di kediaman yang lebih tinggi dari unit kebiasaan memberi kelebihan dalam hal ini. Angin berpuput masuk melalui pintu gelangsar dan jendela kaca mencipta atmosfera yang amat menyenangkan untuk penghuni berehat. Namun begitu bukan bermakna single house tidak boleh mencipta suasana sebegini.

Tips: Bagi kediaman yang terletak di bangunan tinggi, manfaatkan sliding door untuk membenarkan angin kuat dari luar berpuput masuk, serta cahaya menembusi supaya rumah sentiasna nampak lapang dan segar.

Tersembunyi
rr_41_idea_ruang_tamu_tdi_design
Direka oleh | TDI Interior

Apalagi yang boleh melapangkan hati apabila berada dalam kalangan adik beradik namun masih mempunyai privacy tanpa rasa terpinggir? Cipta tempat persembunyian buat anak anak yang gemar membaca atau bermain sendiri. Ibu bapa dapat beristirehat dengan tenang dan berkumpul. Barangkali satu bed sofa, swing atau hanging chair yang ditempatkan di sudut ruang keluarga membolehkan anak yang mahu membaca di sini tidak terganggu oleh suara adik beradik lain yang menonton atau bermain di sekitar sofa utama.

rr_41_idea_ruang_tamu_urban_habitat
Designed by | Urban Habitat Design & Build

Dalam ruang tamu yang kebiasannya turut ditempatkan set audio visual untuk keluarga menonton bersama, peralatan AV sebaiknya diuji sebelum pembelian. Sistem stereo dengan bunyi yang seimbang perlu bagi mereka yang mempunyai pendengaran sangat sensitif. Jika bunyi bass, muzik dan suara dari kaca televisyen terlalu tinggi atau kedengaran pecah ia menyakitkan telinga sekaligus menyebabkan ketidak selesaan apabila berada di sini.

The post RR idea Ruang Tamu: Ketenangan Yang Ditemui appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.

No comments:

Post a Comment