Tuesday, November 29, 2016

RR Diari: The Parenthood

The Parenthood kini berusia setahun! Sejak Taman Keluarga London-Street menembusi pasaran Malaysia di Sunway Putra Mall setahun yang lalu, The Parenthood meraih reputasi sebagai satu hab sehenti keibubapaan yang menyediakan pelbagai aktiviti pendidikan hiburan dan bersantai untuk seisi keluarga.

the_parenthood_ruth_liew

CEO The Parenthood, Leroy Lee berkata, “Kami sangat gembira untuk membawakan kegembiraan dan memperkasakan pengalaman buat keluarga di Malaysia. Keibubapaan sesuatu yang mencabar, terutamanya apabila digabungkan dengan gaya hidup yang sibuk namun meluangkan masa yang berkualiti bersama anak-anak sememangnya penting untuk perkembangan dan kegembiraan mereka. Kami ingin membawakan keterujaan, keseronokan dan kemesraan kepada semua yang mengunjungi The Parenthood.”

Pada pembukaan lokasi baharu yang terbaik di Sunway Pyramid, Leroy menyatakan bahawa ibu bapa akan disediakan dengan pelbagai tawaran yang lebih besar dan lebih baik untuk memenuhi keperluan keluarga mereka. Ini akan menjadi suatu tempat yang luar biasa di mana ibu bapa dan anak-anak mereka mampu mencipta jalinan keluarga yang istimewa bersama-sama yang akan dikenang selamanya.

the_parenthood_group_photo

The Parenthood, terletak di tingkat satu Sunway Pyramid West, mempunyai saiz seluas 26,000 kaki persegi, menjanjikan tarikan baru dan lebih besar. Ramai yang akan kagum dengan bas dua tingkat London yang asli, pancuran air dan pondok telefon yang dibawakan dari London untuk menyediakan pengunjung dengan pengalaman tulen London Street.

Rangkaian produk dan perkhidmatan yang menyeluruh telah diperluaskan untuk memenuhi keperluan kedua-dua ibu bapa dan anak-anak. Taman keluarga tersebut menempatkan 45 peruncit yang menyediakan pelbagai produk penjagaan bayi, alat mainan, pakaian, alat tulis, bahan pendidikan dan banyak lagi.

the_parenthood_booth

The Parenthood juga menyediakan pelanggannya ruang yang menyediakan pelbagai kemudahan seperti taman permainan tertutup menarik untuk si kecil, tempat menjamu selera F&B, pusat kecergasan untuk dewasa dan kanak-kanak, salun kecantikan wajah, spa keluarga, pusat kesihatan & kesejahteraan – kemudahan ulung di bawah satu bumbung!

Taman keluarga tersebut akan terus meluaskan produk, perkhdimatan dan pengalaman pelanggan menerusi 5 unsur utamaMembeli-belah, Pra-sekolah, Relaks & Santai, Pendidikan & Bermain dan Menjamu Selera.

The Parenthood di Sunway Pyramid juga yang pertama dengan penyertaan prasekolah antarabangsa di taman keluarga mereka. Prasekolah The Parenthood bertujuan untuk memperkenalkan kanak-kanak kepada kepada pembelajaran formal dengan membina asas pengetahuan dan kemahiran dalam persekitaran yang menggalakkan keyakinan diri, cintakan pembelajaran dan meraikan keunikan setiap kanak-kanak.

Prasekolah The Parenthood juga mengikuti Kurikulum Peringkat Asas Tahun Awal (EYFS) yang dihasilkan dengan teliti untuk memenuhi keperluan khusus kanak-kanak kecil dengan tema dan aktiviti perkembangan sewajarnya bagi merangsang rasa ingin tahu, minat dan semangat seseorang kanak-kanak.

the_parenthood_stage_group

Pada majlis media hari ini, The Parenthood turut memaparkan “Mrs Parenthood 2016” – satu pertandingan ratu cantik CSR untuk memanja & menghargai ibu-ibu dengan belaian, sesi gim, rawatan dan latihan kecantikan, serta ubah suai menyeluruh secara percuma & tanpa had.

Dinamakan “Mengembalikan Semula Kecantikan”, kempen tersebut bertujuan membantu ibu-ibu di Malaysia mengembalikan zaman ‘kegemilangan’ mereka yang menampilkan imej diri yang positif, keyakinan dan kecantikan mereka. Hadiah menarik dan wang tunai sehingga RM10,000 akan diberikan kepada pemenang. 12 finalis tampil dengan bergaya serta berkongsi realiti, isu dan kepentingan mempunyai cita-cita peribadi apabila bergelar ibu bapa.

the_parenthood_booth_bus

Pengarah Malaysian Child Resource Institute / pendidik keibubapaan Ruth Liew berkongsi pandangannya dan peranan ibu bapa hari ini serta nasihat buat ibu-ibu untuk mengimbangi urusan keluarga, kerja dan anak-anak dan pada masa sama, pentingnya untuk mengekalkan identiti sendiri, imej diri dan perkembangan peribadi. Sebagai pendidik kanak-kanak, beliau berkongsi pandangan mengenai keperluan pembelajaran kanak-kanak moden.

“Dalam masyarakat hari ini, tuntutan kepada ibu bapa untuk melakukan perkara yang lebih baik dan lebih hebat untuk anak-anak mereka semakin tinggi. Untuk menjalankan tugas yang baik sebagai ibu bapa, ibu-ibu mestilah mempunyai keyakinan dan imej yang positif. Penting bagi ibu-ibu untuk menjaga diri mereka sebelum mereka mampu melakukan tugas keibubapaan yang baik buat anak-anak mereka,” jelas Ruth.

Untuk maklumat lanjut mengenai Taman Keluarga The Parenthood London Street, sila layari http://ift.tt/1nf4hPB

The post RR Diari: The Parenthood appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.

No comments:

Post a Comment