Jika mempunyai perancangan untuk membina laman sempurna dan cantik, berikut ialah 5 panduan asas yang boleh diikuti.
1. Lakukan kerja menyiram dua kali sehari iaitu sekali pada waktu pagi dan sekali pada waktu petang. Namun begitu, terdapat juga beberapa jenis tumbuhan yang tidak boleh kerap disiram seperti contoh pokok bunga kertas kerana ia hanya akan berbunga apabila kerja penyiraman dikurangkan atau dihentikan.
2. Sediakan kawasan perlindungan untuk tumbuhan yang baru ditanam sebaik-baiknya selama seminggu. Setelah mencapai tempoh matang, bolehlah dipindahkkan ke bahagian yang lebih terbuka mengikut kesesuaian.
3. Membaja juga perlu dilihat pada jenis tanaman serta kesuburan campuran tanah. Penggunaan baja organik digalakkan pada tahap kesuburan tanah dan tanaman yang lebih semula jadi dan baik.
4. Merumput perlu dilakukan mengikut kekerapan yang diperlukan bagi mengelakkan tanaman dikelilingi lalang. Rumput liar atau lalang akan sentiasa bersaing dengan pokok yang ditanam untuk mendapatkan ruang, cahaya matahari, air dan juga bahan makanan.
5. Proses memangkas (trimming) bukan sahaja perlu untuk membuang bahagian tanaman yang sudah mati atau rosak tetapi juga bagi membentuk pokok serta menggalakkan pertumbuhan pucuk baru. Jika anda ingin melakukan proses ini, gunakan pisau atau alat pemotong yang tajam bagi menjamin potongan yang tepat dan praktikal untuk pemotongan menegak agar ia dapat mengelak dari getah pokok melekat semasa proses pemotongan.
The post RR Fokus: 5 perkara perlu tahu untuk jaga taman appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.
No comments:
Post a Comment