Bergaya Dalam Ruang Terhad
Direka oleh | The Vincoology
Wet room merujuk kepada sebuah bilik air yang berbentuk terbuka merangkumi kawasan mandi terbina dari shower screen serta tray yang mampu menyerap air mandi yang bertakung dengan lancar ia berbentuk cubicle dan biasanya berjubin pada lantai dan dinding. Tiada ruang yang dipisahkan antara ruang bilik mandi dan tandas. Dalam wet room, bathtub bukan lagi satu keperluan. Oleh kerana wet room seringkali menjadi alternatif kepada bilik air yang kecil, pencahayaan sangat penting untuk diambil kira supaya ia kelihatan lebih luas, cerah dan mudah kering. Dalam merancang pencahayaan, sun pipe boleh dipertimbangkan untuk dipasang jika ada ruang bagi membawa masuk cahaya semula jadi ke dalam wet room begitu juga dengan penggunaan ceiling extractor fan. Pemasangan cermin dari ketinggian siling sehingga paras pinggang membantu memberi ilusi luas ke dalam wet room.
Direka oleh | Yong Design
Pemasangan wall hung toilet dan vanity units sangat praktikal dalam wet room, bentuk moden menjadikan ruang ini tampak sleek dan lancar. Jika ruang sangat kecil, pertimbangkan dengan teliti tentang perabot bilik mandi yang dipilih untuk wet room. Ini kerana percikan air dan kelembapan bilik boleh menyebabkan tuala dan tisu tandas basah. Sebaiknya aksesori seperti rel tuala disimpan agak jauh dari kawasan mandi.
Kemasan Lantai Wet Room
Direka oleh | Id Industries
Bagi wet room kecil tanpa tingkap, pilihan kemasan dinding betul mewujudkan rasa ruang luas. Batu semula jadi dalam warna cerah sangat sesuai. Elakkan jubin kecil dan berwarna gelap. Bersedia membuat pelaburan bagi mendapatkan kemasan dinding yang terbaik.
Tadelakt adalah permukaan dinding berwarna tradisional morrocan yang berkilat dan tahan kelembapan. Permukaan dinding licin dengan kemasan bergaya dalam pelbagai warna. Bagi tekstur lebih kasar, tampal dinding dengan pasir dan simen, jadikan ia kalis air dengan satu lapisan tersebut. Bagi kesan pancuran dengan elemen outdoor pertimbangkan permukaan batu atau kerikil (pebble) dengan mengambil kira kaedah pemasangan.
Tips: Memasang underfloor heating (UFH) bertujuan mengekalkan jubin supaya hangat di bawah kaki serta membantu mengeringkan air di atas lantai wet room.
Direka oleh | Bazarbayu
Jubin Tidak Berliang
Direka oleh | Pocket Square
Jubin lantai harus melengkapi dan bersesuaian dengan dinding bagi memastikan kesinambungan yang lancar. Ramai orang menyukai idea jubin batu semula jadi seperti sabak (slate), marmar dan batu kapur dalam kamar mandi, namun ia kurang praktikal untuk wet room kerana batu berliang seperti ini menyerap kelembapan dan perlu dikedap semula (resealed) setiap beberapa bulan untuk memastikan ia kalis air dan tidak rosak . Inilah sebabnya mengapa jubin dalam wet room diperbuat daripada jubin tidak berliang seperti seramik dan porselin atau bahan lain yang serupa. Menggunakan jubin lantai khusus untuk bilik mandi yang telah direka tidak licin adalah penting. Mozek boleh membantu mencipta kesan yang menarik namun perlu diingat supaya mengelak corak yang terlalu berat kerana ia menampakkan ruang terhad lebih sempit.
The post RR idea: Cantiknya Wet Room Kamu! appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.
No comments:
Post a Comment