Seni Pengikat Hubungan
Direka oleh | Turn Design Interior & Build
Pernahkah berasa bosan selepas puluhan tahun masuk dapur sejak usia belasan melakukan rutin yang sama dalam persekitaran sama? Jika ya, ambil pendekatan ubah dekorasi sekali sekala supaya kemahuan untuk memasak tidak pudar dan keluarga terus menikmati hidangan yang dimasak sepenuh hati anda.
Apabila mengubahsuai ruang dapur, jangan dibiar ia hambar dan suram. Isi kekosongan dapur dengan kreativiti dan seni agar ia menjadi sebuah ruang yang berseri. Seri dapur inilah yang akan menjadi tarikan dan membina ikatan kuat antara anda dengan dapur kesayangan.
Di sini, rrenovation membawakan beberapa projek hiasan dalaman dapur berseni yang terpilih daripada Pereka Dalaman tempatan. Usah langkau walau satu muka surat atau anda akan terlepas idea sangat menarik!
Paparan Lukisan
Direka oleh | Jashen Interior Design
Bagi mereka yang kurang menggemari konsep moden, ruang yang kosong cenderung menjadi ruang membosankan. Bolehkah memasukkan hiasan dalam ruang dapur sedangkan ia adalah sebuah ruang kerja aktif. Hiasan mungkin mudah kotor. Apakah jenis deko yang paling sesuai?
Benar, hiasan yang berada di ruang ini lebih mudah untuk kusam terutama jika menggunakan dapur konvensional dengan sebaran asap yang banyak. Ia harus berbalik kepada kerajinan dan pengorbanan meluangkan sedikit masa untuk penjagaan. Sedikit kelebihan kepada pemilik dapur moden yang menggunakan peralatan memasak, teknologi hud dan hob moden.
Direka oleh | Hoe & Yin Design Studio
Berbalik kepada jenis dekorasi, hiasan yang boleh dimasukkan sama juga seperti ruang lain. Menggantung karya seni seperti potret berbingkai, photografi, gantungan frame quotes mencantikkan ruang. Malah tulisan pada chalkboard mampu menghidupkan seri dalam dapur.
Tips: Paparkan gambar yang mempunyai elemen perkakasan dapur, atau tulis menu kegemaran di chalkboard dengan kreatif!
Direka oleh | Jashen Interior Design
Eksploitasi Dimensi
Direka oleh | X Two Concept
Seni visual boleh hadir dalam berbagai bentuk dan berpotensi besar menjadikan ruang dapur berbeza serta berdaya hidup asalkan anda berani mengeksplotasinya. Salah satu perkara menarik untuk dipertimbangkan adalah memasukkan visual dua atau tiga dimensi dalam ruang dapur.
Seringkali yang tergambar di mata apabila menyebut tentang visual dua atau tiga dimensi adalah lukisan yang nampak hampir benar. Sudah tentu untuk menghasilkannya memerlukan kepakaran dalam bidang ini. Salah satu projek yang menarik perhatian rrenovation untuk dikongsikan adalah ruang dapur direka oleh firma X2 Concepts yang memaparkan lukisan cantik seekor rusa sehingga ia menjadi subjek yang tidak akan terlepas pandang sesiapapun yang memasuki dapur ini. Menarik bukan?
Tips: Lukisan 2 Dimensi di atas dinding bertekstur menjadikan ia hasil seni yang lebih unik.
The post RR idea: Dapur Nadi Kediaman appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.
No comments:
Post a Comment