Tuesday, December 13, 2016

BERKIBLAT UTARA EROPAH

 

skyr-3

Destinasi kediaman pilihan rrenovation isu ini adalah sebuah unit kondominium di Setia Sky Residence, Kuala Lumpur. Projek diberi nama Timothy ini mendapat sentuhan pakar hiasan dalaman X Two Concept. Kediaman diubahsuai berkiblatkan konsep Scandinavia yang berakar dari gugusan negara utara Eropah merangkum Sweden, Norwegia, Denmark dan  Finland, gaya kini kian marak diterima dalam kalangan masyarakat Malaysia.

skyr-2Konsep rekaan yang sederhana rapi menjadi alasan mengapa Scandinavia diminati lebih lagi bagi orang Malaysia yang tinggal dalam kediaman kompak seperti pangsapuri dan kondominium.

Mengamati lebih terperinci, setiap lekuk dan garis binaan dalaman, objek dan perabot  direka mempunyai nilai guna dalam keperluan harian penghuni. Mencipta ruang yang praktikal nampaknya menjadi hal yang terpenting dalam unit kondominium Timothy berkeluasan 1,400 kaki persegi ini. Setiap gerak kerja dan seni benda yang wujud dalam kediaman ini adalah representasi jalinan hubungan yang erat antara penghuni dan persekitaran kediamannya.

Berpasak pada warna semula jadi dan monokrom hitam dan putih, warna tanah serta  kelabu mencipta skop visual yang harmoni.

skyr-2

Kayu, plastik dan logam digunakan secara meluas dalam rekaan merangkumi lantai, dinding dan perabot. Kemasan lantai rona kayu seakan whitewashed dipasang di seluruh ruang utama pelan lantai terbuka Loft Scandinavian ini. Manakala kemasan lembut diadaptasi seadanya daripada bahan semula jadi tekstil berupa linen dan wool tanpa berlebihan.

skyr-8

Kaca luas membingkai panorama bening dari luar. Cahaya matahari bebas masuk ke dalam ruang tamu, menyampaikan suasana segar bahkan dapat menjimat penggunaan tenaga kerana tidak perlu untuk menyalakan lampu pada siang hari.

skyr-28

Sejajar dengan kebiasaan masyarakat Swedish yang cenderung menambah aspek eco friendly di dalam lingkungan tempat tinggal, projek Timothy juga mengambil pendekatan memanfaatkan suasana alam semula jadi berupa pohon hijau. Kaktus mini, tumbuhan hidup lain memecahkan sebuah dimensi monokrom dengan kesegaran rona hijau.

Manakala ruang santai iaitu balkoni dilengkapi meja dan dihias pot tumbuhan serta pemasangan karpet hijau meski luasnya tidak sebesar mana. Cukup untuk pemiliknya berlibur di sini pada malam hari lewat musim panas!

 

Nama Projek : Timothy Sky Residence

Konsep Rekaan : Loft Concept (Scandinavia)

Pereka :Patrick Goh, Kenny Cheong, Lee YC dari X Two Concept

The post BERKIBLAT UTARA EROPAH appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.

No comments:

Post a Comment