Sunday, December 18, 2016

SENI BINA MEMUKAU DARI AFRIKA

Mandatory Credit: Photo by View Pictures/REX_Shutterstock (1252038a) Portrait London 2009 UK David Adjaye Na London N1 United Kingdom. Completed: 2009. Architect: Adjaye Associates ARCHITECTURAL STOCK Na

Dilahirkan di Tanzania dari kedua-dua orang tua berasal dari Ghana, arkitek David Adjaye sering diinspirasikan oleh kesedaran untuk mencapai human-scaled complexities. Dorongan untuk memperbaiki kehidupan harian melalui seni bina, beliau menggunakan  kemampuannya untuk mentafsir pengalaman sivik, memahami identiti tempat-tempat kejadian serta modus projek lalu menggembleng pengetahuan sains, kejuruteraan dan alam sekitar serta bagi mencipta seni bina yang mampu membuat transformasi dalam kehidupan masyarakat setempat.

smithsonian-project_-nmaahc-wa

Hasil kerja
Adjaye sering meminjam elemen kraf dari bahan eklektik, manipulasi cahaya dan warna palet untuk projek-projek beliau sama ada kediaman persendirian mahupun bangunan komersial. Nobel Peace Centre in Oslo, The Museum of Contemporary Art in Denver, and the Moscow School of Management Skolkovo merupakan antara karya hebat Adjaye. Hasil kerja terbaru syarikatnya, The National Museum of African American History and Culture on Washington’s National Mall dianggap sebagai salah satu monumen paling radikal pada masa ini. Bangunan 400,000 kaki persegi ini menonjolkan kesan seni bina yang menggabungkan kepentingan budaya bersamanya.

Pengkaryaan Adjaye menjangkau disiplin reka bentuk dan seni yang tinggi. Contoh yang boleh dilihat adalah melalui karya Map of art practices in Africa, Past and Present yang dipamerkan di Centre for Fine Arts in Brussels serta karya ‘David Adjaye: Output at Tokyo’s Gallery MA and The Upper Room’ yang kini menjadi  koleksi tetap di Tate Britain.

 Smithsonian Institution, National Museum of African American History and Culture Architectural Photrography

Guru dan penyelidik.
Adjaye telah memegang jawatan profesor di Yale, Princeton dan University of Pennsylvania, juga mengajar di Royal College of Art and Architectural Association School di London serta menjadi kritik senibina di Harvard University’s John C. Portman Design. Adjaye sangat percaya bawaha  penyelidikan adalah satu kaedah untuk menjana rangka kerja untuk beeksperimen, renungan dan teori. Malah keputusan daripada kajian beliau selama 10 tahun terhadap ibu kota Afrika telah dijelmakan melalui karya Urban Africa dan juga dikongsi melalui lima jilid buku berjudul Adjaye Africa Architecture.

aishti-foundation-beirut

Kerjaya
Adjaye menubuhkan pejabat pertamanya pada tahun 1994. Bermula cemerlang, kebijakan beliau mengaplikasi bahan dan keupayaan mereka arca meletakkan dirinya sebagai seorang arkitek yang mempunyai kepekaan dan perspektif seorang artisan. Beliau kemudiannya menjenamakan semula studio sebagai Adjaye Associates pada tahun 2000, yang kini berkembang dan mempunyai pejabat di London, New York, Accra yang menjalankan projek di seluruh Amerika Syarikat, Eropah, Timur Tengah, Asia serta Afrika.

double-zero-moroso-collection

Anugerah
Penerima OBE (penghormatan Queen kerana perkhidmatan cemerlang), Wall Street Journal Innovator Award, MIT’s McDermott Award untuk Excellence in the Arts and Panerai London Design Medal.

70-73-piccadilly

Meet Adjaye
Adjaye diundang sebagai tetamu kehormat Antabangsa 2017 sempena Interior Design Show (IDS17) di Toronto Canada. Arkitek ini bakal berkongsi wawasan beliau semasa AZURE Trade Talks dijadualkan pada 20 Januari 2017 akan datang.

 

!

Kerjaya : Arkitek
Antara projek rekaan : The National Museum of African dan Nobel Peace Centre di Oslo

The post SENI BINA MEMUKAU DARI AFRIKA appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.

No comments:

Post a Comment