Wednesday, July 6, 2016

7 Tips Go Green

Pemanasan global dan atmosfera tidak  berkualiti sering dikaitkan penyebab kehidupan harian tidak sihat. Segalanya perlu bermula dari rumah.

dmz
Direka oleh | DMZ Consultancy Sdn Bhd

1)  Tanam pokok di tempat strategik sekitar rumah boleh membantu mempercepat proses penyejukan. Manakala tumbuhan cantik seperti peace lilies, english ivy dan kekwa secara semula jadi dapat menyingkirkan pencemaran udara formaldehyde dan benzene.

2)  Jika keluar dari bilik untuk tempoh lama, tutup lampu bagi menjimatkan bil elektrik selain memanjangkan jangka hayat mentol. Cabut soket apabila tidak digunakan bagi mengelak berlaku litar pintas. Gunakan cahaya matahari semaksima mungkin.

7-tips-green-1

3)  Pilih cat berwarna terang untuk permukaan dalaman rumah. Warna terang menjimatkan tenaga eletrik untuk pencahayaan dan juga mengurangkan pemanasan yang disebabkan mentol watt tinggi.

4)  Guna lampu solar di laman rumah. Ia menggunakan tenaga matahari sepenuhnya untuk mengecas bateri pada siang hari dan lampunya akan menyala secara automatic pada waktu malam.

foscarini

5)  Jangan biarkan air mengalir sewaktu memberus gigi. Pembaziran air sewaktu dua minit memberus gigi setiap hari boleh menyebabkan pembaziran lima gelen air sehari.

6)  Gunakan insulation blanket sebagai penebat haba pada pemanas air untuk mengurangkan kos pemanasan.

7-tips-green

7)  Gunakan kain berbanding kertas atau tisu untuk membersihkan dapur anda. Untuk lebih penjimatan, guna tuala lama dan t-shirt yang sudah tidak dipakai.

The post 7 Tips Go Green appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.

No comments:

Post a Comment