Pemilik kediaman ini telah mengembara di seluruh dunia. Diinspirasi oleh lawatannya terutama ke Eropah, beliau mahu mendadaptasi keindahan butiran seni bina klasik yang telah dilihat sepanjang perjalanannya.
Bagi mencapai matlamat ini, S; Lab 10 tidak sekadar meniru gaya Eropah yang berubah melalui peredaran masa dan perubahan budaya, tetapi berusaha merealisasikan kehendak pelanggan dengan menasihati dan menyokong untuk menghasilkan sesuatu yang asli mengikut cita rasa. Bertitik tolak dari persefahaman antara pemilik dan pereka, konsep reka bentuk telah berjaya memperkenalkan dan mengintegrasikan unsur-unsur yang boleh dikaitkan dengan reka bentuk klasik.
Pasukan S; Lab 10 memastikan bahawa terdapat satu komposisi harmoni dari pelbagai aspek. Di ruang tamu misalnya, gaya dari era Rococo dan Baroque ketara dengan pengadaptasian unsur menegak dan kolum pada dinding. Plaster molding serta motif scrolling floral pada siling, panel dinding gold gilding membangkitkan aura klasik Eropah.
Rasa organic Rococo dan Baroque lebih jelas dengan dinding warna ivory kontra terhadap meja sisi berwarna gold, sofa pastel dan biru. Permaidani lush velvet yang menyapa kaki terasa mewah. Antara lain yang menarik perhatian di dalam ruang tamu kediaman ini ialah rekaan tempat pendiangan konvensional, digabungkan bersama dinding tumpu dalam rangka reka bentuk marmar putih.
Berkongsi pelan lantai terbuka bersama ruang tamu, ruang makan dan meja bar berada bersebelahan, ringkas dan bersih. Pintu gelangsar berbingkai copper membuka ke arah dapur basah di sebelah turut menjadi dinding tumpu yang elegan dan mewah.
Menjengah ke kamar tidur, dinding kaca membuka luas pemandangn ke arah bandar dan kawasan kejiranan Elit berdekatan Quadro Residence KLCC ini. Rona putih dan arang menjadi pilihan untuk katil empuk. Merebahkan badan di sini, dengan merehatkan mata pada perincian klasik yang memikat di siling, mempersonakan diri dengan keanggunan dunia lama tengah suasana minimalis moden.
Ternyata bentuk, fungsi dan utility berpadu menghasilkan rekaan dalaman kediaman moden dan minimalis ini beradaptasi dengan cemerlang dalam suntikan time-old glamor Eropah.
Direka Oleh | Jason Sim, Hao Wang dan Fion Hsu dari S:LAB10
Nama Projek | FV Residence
Konsep Rekaan | Moden Klassik Eropah
The post Ilham Perjalanan Di Eropah appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.
No comments:
Post a Comment