Monday, July 4, 2016

Arketaip Feminin Dalam Kamar

Usaha membina ketokohan dalam kerjaya dan ketika bersaing dengan lelaki dalam bidang yang diceburi, menyebabkan wanita cenderung untuk tidak dapat mengimbangi personaliti feminin. Sedar atau tidak, psikologi dan sosiologi wanita berdikari yang bekerja keras perlahan-lahan telah membentuk karakter maskulin dalam diri mereka. Pengembalian aura feminin boleh dilakukan dengan menghiasi kamar tidur, sebuah ruang sanktuari peribadi bagi wanita untuk beristireherat setelah bekerja keras pada siang hari. Maka, dalam ruangan idea bilik tidur kali ini, Rrenovation menampilkan koleksi rekaan bilik tidur yang dibentuk oleh elemen-elemen feminin sebagai inspirasi.

Objek Feminin
Mannequin display yang berdiri di sudut bilik berhampiran tabir nipis adalah sebuah objek abstrak bahawa bilik ini sesuai dimiliki oleh seorang yang berjiwa feminin. Manakala kehalusan dan kelembutan buatan permaidani putih di hujung sofa berperanan memberi pemandangan lembut pada penglihatan mata, dan menyenangkan hati. Lekapan cermin wajah seperti bunga matahari pada feature wall adalah perlambangan kompleksiti dalam rekaan sebuah bilik tidur yang feminin.

arketaip-feminin
Designed by | PDI Design & Associates

TIPS: Pilih warna-warna lembut sebagai warna utama untuk fabrik dalam bilik tidur.

Bunga & Fabrik
Bunga-bungaan merupakan ciptaan yang sinonim dengan kaum wanita apalagi jika bunga yang dipilih adalah warna-warna obsesi kebanyakan wanita, seperti pink atau merah. Keberadaan di dalam mana mana sudut bilik membawa masuk semangat positif, rasa anggun, lembut dan feminis. Fabrik yang halus dan lembut seperti sutera, satin, chiffon, kapas, linen dan baldu merupakan sentimen ciri kewanitaan dan kemewahan. Penggunaan material-material ini baik pada fabrik bantal atau comforter mencipta rasa feminine yang sensual dan bergaya mewah.

arketaip-feminin-2
Designed by | Nu Infinity

arketaip-feminin-1
Designed by | CasaIndah Design

arketaip-feminin-3
Designed by | Id Industries

TIPS: Katil kanopi kayu dengan kemasan fabrik putih menujudkan suasana kamar tidur yang tenang buat sang puteri!

pasaya-online-ads

Trankuiliti & Feminin
Selain kebijakan pemilihan material, susun atur adalah prinsip penting dalam membentuk keharmonian sesebuah ruang untuk mencapai darjah trankuiliti. Sususan yang  berkecamuk menjejaskan trankuiliti dan mematikan personaliti feminin. Rona neutral dan lembut seperti warna beige adalah warna yang ideal untuk meraih trankuiliti. Begitu juga dengan warna putih. Lihat bagaimana pereka telah mencapai trankuiliti dalam rekaannya dengan warna, material serta susunatur yang kemas dan harmoni di dalam dimensi bilik tidur ini.

arketaip-feminin-4
Designed by | PDI Design & Associates

The post Arketaip Feminin Dalam Kamar appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.

No comments:

Post a Comment