Ronda di Kota Raya Kuala Lumpur bagi para pelancong yang mencari penginapan sederhana tetapi berkualiti sambil merasai pengalaman sebenar tinggal di Kuala Lumpur, KL Journal, hotel butik konsep baru direka bagi memnuhi tujuan itu. Terletak di salah satu daripada kawasan perumahan bersejarah yang masih kekal tidak jauh dari Bukit Bintang yang menempatkan pusat membeli-belah dan pusat hiburan utama di bandar ini. KL Journal direka untuk meraikan pelancong independent, mahupun pelancongan berkumpulan yang mencari alternatif selain menginap di hotel standard yang biasa boleh ditemui.
“Matlamat kami adalah untuk mewujudkan ruang dengan identiti berbeza tanpa kehilangan nilai dan keperluan yang penting dan merangkumkan keseimbangan gaya individu, reka bentuk yang baik, keselesaan dan kemudahan. Inilah yang kami gambarkan sebagai mampu biaya, kategori yang semakin menjadi pilihan pelancong milenium hari ini,”jelas Kenny Tai, Pengarah Beremi Holdings, pemaju hartanah The KL Journal
Sesuai dengan konsep hotel, KL Journal’s menyerlahkan gaya seni bina Malaysian Mid–‐century Modernist style melalui pengaruh seni deco, gril hiasan dari besi tempa yang biasanya dilihat di dalam seni bina Asia Tenggara, lampu rigged, permukaan logam dan kayu.
Malah, budaya tempatan ditonjolkan melalui classic KL Iconography dan memorabilia yang dibentangkan di setiap bilik king dan twin deluxe serta lapan suite sudut. Semua Bilik menampilkan inspirasi potret hitam putih kehidupan dan senibina jalanan melalui karya Che’ Ahmad Azhar, seorang jurugambar jalanan terkenal yang mempamerkan koleksi visual 20 Gambar-gambar Kuala Lumpu digunakan untuk hotel. Menjadikan Bandar ini sebagai inspirasi beliau, Che’ Mat berjaya merangkumi crazy cityscapes dan kehidupan penduduk bandar di Kuala Lumpur Melalui pendekatan antropologi beliau iaitu participation observation.
Hotel yang mempunyai 112 bilik ini direka dalam warna neutral lembut. Tingkap besar terbina dari kaki lantai hingga siling membolehkan tetamu menikmati spektakular kawasan kejirannya pada sepanjang masa. Nyenyak masa tidur dengan kelengkapan selesa tilam ergonomik dan high thread count sheets untuk waktu malam yang tenang. Pancuran mandian menyegarkan diri yang lelah selepas berjalan jalan meneroka sekitar Kuala Lumpur.
Tetamu masih boleh berhibur meski hanya memilih untuk lepak di dalam bilik tidur. TV skrin rata 40 inci dengan kabel HDMI dan port caj USB, sambungan Bluetooth tanpa wayar ke sistem audio stereo berkualiti tinggi menawarkan pengalaman menonton yang memuaskan hati.
Dalam usaha untuk membantu tetamu hotel meneroka Kuala Lumpur, KL Journal juga menyediakan insider guide untuk ke bandar dan memberi cadangan tentang cara memulakan perjalanan bagi merasai pengalaman kehidupan harian di kejiranan sekitar dan puat bandar KL seperti orang tempatan. Tetamu boleh memaksimakan perkhidmatan ini, menulis travelog peribadi dengan pengalaman istimewa sepanjang di Kuala Lumpur.
Bagi mengisi perut dengan selera istimewa, hotel ini mempunyai sebuah restoran utama yang terletak di ground floor yang dikenali dengan nama Bounty, bistro kasual menawarkan sarapan pagi dengan hidangan roti dan pastri yang dihasilkan setiap hari dari studio pastri serta menu klasik Eropah untuk makan tengah hari dan makan malam.
Mengangkat standard KL Journal sebagai sebuah hotel sempurna, kolam renang air masin direka di aras bumbung dengan pemandangan hebat ke arah bandar terutamanya pada waktu senja untuk dinikmati, selain turut menyediakan gimnasium untuk tetamu hotel yang gemar melakukan aktiviti fizikal di pusat kesihatan seumpamanya.
The post Destinasi: KL Journal appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.
No comments:
Post a Comment