Citarasa tinggi seringkali dikaitkan dengan kemewahan. Ada benarnya. Kemewahan sesebuah ruang yang sempurna terbentuk daripada gabungan sumber bahan mewah, warna mewah, fabrik dan corak mewah dengan sentuhan rekaan mewah. Samada kemewahan gaya lama atau kemewahan gaya baru, mewah adalah satu prosa yang akan membuat sesiapa sahaja kagum. Rujuk ruangan ini untuk melihat beberapa rekaan yang dilabel mewah dan boleh dijadikan panduan dalam mereka bentuk ruang tamu anda.
Moden Inggeris
Designed by | Global Elite Ventures
Ruang tamu ini direka dengan konsep moden inggeris.Di bawah rekaan candelier yang berpusat di tengah ruang, rona rona kebumian menyerlahkan elemen mewah. Meja kopi bulat direkaletak berpusat ditengah ambal jingga. Di sekitar meja, beberapa rekaan tempat duduk yang berbeza diadukkan dan bergabung mesra membentuk sebuah kawasan perbualan yang bergaya. Manakala, tabir nipis dipasang untuk menapis pencahayaan dari luar pada kadar yang berpatutan.
Warna Majestik
Designed by | Albert K Design
Designed by | Sky Creation
Kuning magenta atau kuning keemasan merupakan warna yang sinonim dengan kemewahan. Maka, bagi menyempurnakan sebuah ruang berkonsep mewah seperti yang dipaparkan dalam rekaan ini, kuning adalah warna tepat dan selamat. Bersadur warna emas pada bingkai sofa, meja konsol serta bingkai gambar menyerlahkan fesyen mewah majestik age old venetian. Naungan warna beige dan neutral bersama percikan warna emas yang mendominasi palet warna, menyerlahkan citarasa mewah klasik romantisim pemilik rumah.
Teroka Kemewahan
Designed by | Inspireka Interiors
Designed by | Inspireka Interiors
Pereka meneroka ruang dengan menggabungkan gaya kontemporari dalam nada klasik moden untuk memberi definisi mewah dalam ruang tamu ini. Set sofa berbutang dengan material berwarna putih menjadi pusat tumpuan dalam ruang. Kaki meja kopi dan meja sudut yang berkerawang memberi nilai tambah pesona mewah pada pandangan mata . Tirai telus cahaya dan lampu siling memantulkan aura kemewahan yang istimewa.
The post Fragment Mewah Ruang Tamu appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.
No comments:
Post a Comment