Galeri ini menghimpunkan pelbagai idea langsir yang datang dalam kepelbagaian rekaan, tekstur unik, warna segar, konsep original, sempurna sebagai hiasan tingkap sempena Hari Raya. Selamat meneroka!
Cetakan Kreatif
Bagi yang menggemari rekaan berbentuk cetakan, koleksi ini sangat dicadangkan! Printworks adalah koleksi cetakan digital pada campuran linen – kain kapas di mana imej diilhamkan daripada kepelbagaian gaya oleh pelukis dan setiap satunya mendapat sentuhan kedalaman warna yang benar-benar menakjubkan. Samaada cetakan Poppy dengan warna tobacco atau Raindrops dengan warna indigo, rekaan langsir ini mencipta suasana segar luarbiasa ke dalam sesebuah rumah. Rekaannnya diinspirasikan daripada jejak-jejak alami, muzik, dan cabang seni budaya, melemparkan memori ke masa lalu. Cucian tangan dan medium iron disarankan bagi memastikan langsir printwork daripada material linen dan cotton ini terpelihara kualitinya.
elyza.com
Tirai Nipis
Fabrik sheers merupakan satu pilihan tepat untuk hiasan tingkap bagi mereka yang sukakan gaya dan suasana cerah, breezy serta rasa lapang. Langsir sheer juga boleh menambah tekstur dan warna untuk mana-mana bilik. Sesuai baik untuk rumah tipikal atau rumah moden, material sheer adalah sentimen kepada mood yang ‘ringan’, bebas dan tenang hasil dari faktor ventilasi yang baik. Langsir sheer terdiri daripada pelbagai jenis kain linen dalam warna, rekaan dan berat yang berbeza yang boleh memberi kesan menakjubkan ke dalam rumah sempena Hari Raya.
elyza.com
Gaya Urban
Sleek dan kool, direka untuk gaya hidup urban, koleksi ini memaparkan rekaan langsir dari warna-warna tanah seperti Antiques Gold, Cadet Grey, Regal Blue, Sienna Brown & Soft Cream. Inovasi rekaan yang ada dalam koleksi ini antaranya Aquilla, Cerrado, Faye, Fondness, Hachure, Kleon, Lattice, Mesh, Sawah dan beberapa lagi, semuanya daripada Blue Latte Collection oleh Pasaya. Memberi idenditi yang unik dan urban, langsir ini mampu menjadi karya atau bahkan fokal point yang akan mempersonakan sesiapa sahaja tetamu yang bertandang ke rumah anda pada hari raya.
www.pasaya.com
Eksotika Hari Raya
Eksotik seperti namanya, koleksi Spicy Coffee dari Pasaya ini menggambarkan himpunan fabrik yang menawan dengan rekaan dalam kumpulan Daintree, Sparta, Stellar dan Pardis yang boleh didapati dalam suntikan warna Witchy Violet, Lusty Blue, Forbidden Red, dan Bitter White. Koleksi ini membawa masuk atmosfera godaan sensual. Dengan struktur lapisan berganda, fabrik ini mencapai piawai penciptaan kreativiti tinggi bagi langsir dan sempurna untuk penggayaan tingkap di hari raya.
www.pasaya.com
The post Galeri Langsir Raya appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.
No comments:
Post a Comment