Friday, July 1, 2016

Inspirasi Global: Harlem Apartment

harlem-living-room

Grafik, global, moden dan indah – itu adalah permintaannya, dan pereka New York City, Danielle Colding, mencipta karya unggul untuk memenuhi permintaan tersebut. Sebuah pangsapuri harlem yang berskala luas dengan tiga bilik tidur di dalamnya, membolehkan pelbagai idea hiasan dan susun atur digabungkan bersama.

Direka berdasarkan inspirasi dan pengaruh dari pelbagai sudut dunia, Danielle memberi sepenuh tumpuan dalam menyempurnakan tugasannya. Seperti yang dilihat di ruang tamu dan ruang makan, vibe moden telah dipintal dengan unsur-unsur global. Menetapkan palet warna asas untuk ruang tamu, dinding konkrit perindustrian menjadi pilihan, bagaimanapun disebabkan oleh perbelanjaan kemasan konkrit, beliau mendapatkan kertas dinding berorientasikan konkrit bagi mencipta semula wajah yang sama pada kos yang berpatutan. Disertai dengan lantai kayu gelap, membolehkan perabot tampil menonjol, sambil menambah vibe funki ke dalam ruang.

harlem-dining-table

Memastikan gaya ‘global’ boleh digabungkan bersama, perhiasan etnik ‘global’ yang unik, telah diletakkan secara kreatif di bilik dan kawasan sekitar yang dipilih. Di ruang tamu, pelbagai potongan karya direkaletak di kabinet televisyen, mewujudkan suasana seperti Zen dalam suasana tribal, yang digabungkan dengan campuran ciri-ciri moden menarik, seperti lampu berdiri melengkung dan sofa kontemporari serta kerusi tunggal.

harlem-kitchen

Dengan bilik tidur gaya Moroccan dan dapur minimalis yang membawa kehidupan dengan warna-warna terang dan bersemangat, kemahiran Danielle dalam penggunaan dan pencampuran palet warna secara meluas, berkerja dan diadun secara harmoni. Naungan biru meliputi pejabat dan perpustakaan di mana pecahan warna pop dari pelbagai buku dan kepingan dekorasi mencipta percikan menarik. Dalam bilik tidur tetamu, hitam dan putih dengan reka bentuk grafik berani di dinding mewujudkan keanggunan moden. Bilik tidur utama pula, diilhamkan oleh konsep Morrocan,  mengalirkan kemewahan tulen, dalam warna emas dan krim. Permaidani mewah terdapat dalam hampir setiap bilik, membawa rasa kelas, budaya atau fesyen tersendiri.

pasaya-online-ads

harlem-bedroom

Seperti tipikal kependudukan New York, apartmen direka di sekitar keperluan penyimpanan dan praktikaliti, oleh itu, almari kasut dibina di bawah tangga dalam lorong utama. Menjimatkan perbelanjaan, perabot pada harga berpatutan seperti almari pakaian Ikea untuk walkthrough bilik tidur utama menepati bajet untuk pembelian yang lebih dramatik.

harlem-black-white-room

Di bilik mandi, jubin sedia ada telah kekal dengan penambahbaikan. Jubin amethyst ungu dari Ann Sachs telah dipasang di atas lantai, di atas jubin sedia ada. Perabot telah dipesan dari Amazon, yang dicat putih dan tombol ditukar kepada kristal mahal. Akhir sekali, penutup dinding vinil perak telah dipasang untuk menghiasi bilik mandi, meningkatkan suasana mewah. Pengubahsuaian keseluruhan mempunyai kesan yang besar terhadap seluruh apartmen, memperkenalkan perincian ambien dan kedalaman baru kontemporari. Hasilnya adalah anggun, luas dan urban muncul serentak dan saksama.

kellyhoppeninteriors.com

The post Inspirasi Global: Harlem Apartment appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.

No comments:

Post a Comment