Bertemu dengan anak muda yang saya kira, ‘a risk taker’, berani menceburi dunia perniagaan dan bermula dari bawah memberi insipirasi pada saya. Sikap rendah diri, anak muda ini mempunyai semangat yang mengagumkan.Sheikh Azrul melanjutkan pengajian Diploma di Taylor’s University Malaysia kemudian lulusan Sarjana Muda di Glasgow University United Kingdom dalam Jurusan Seni Bina.
Sheikh Mohamad Azrul Sheikh Mohamad Nasimuddin Kamal, 27, Pengasas sebuah studio rekaan dalaman dan menyediakan produk serta perkhidmatan interior design, Joy Design Studio. Studionya pertama dibuka awal Jun 2014 di Shah Alam sebelum membuka pintu studio kedua di Bangsar Februari lalu.
“Sejak kecil, saya menyimpan cita cita untuk menjadi seorang arkitek, dan ya, saya berjaya melakukannya. But, I dont want to stay in a box. Saya mahukan lebih dari itu,” nyata beliau.
Sejak kecil bercita cita untuk menjadi arkitek, tapi apabila sudah berjaya menggenggamnya, apa yang membuatkan Sheikh Azrul nekad berhenti untuk menguruskan perniagaan sendiri?
Bidang seni bina sememangnya passion saya. Sebaik kembali ke Malaysia, saya bekerja sebagai arkitek di sebuah firma seni bina tempatan. Hampir dua tahun menimba pengalaman. Business pula adalah my second love, saya terfikir untuk menjalankan perkhidmatan interior design dan menyediakan keperluan reka bentuk dalaman. Agak puas rasanya melakukan sesuatu yang saya suka walaupun kata orang ia berisiko.
Pernah berhadapan dengan kejatuhan atau waktu susah?
Memulakan perniagaan dari bawah tidak mudah. Ketika mula-mula dulu, agak sukar juga. Masa itu, tidak ramai yang mengenali Joy Design Studio. Tapi kerana apa yang saya lakukan adalah apa yang saya suka, maka halangan tidak mematahkan semangat malah mendorong saya bekerja lebih keras.
Apa yang dilakukan untuk memastikan semuanya berjaya?
Tidak hanya memberi arahan atau lepas tangan, sebaliknya saya ambil tahu keseluruhan proses dari designing, manufacturing, jualan dan pemasaran sehingga maklum balas pembeli untuk memastikan semuanya berjalan lancar.
Membawakan produk berkonsep mid century dalam pasaran Malaysia, adakah Sheikh Azrul menggemari konsep sebegini?
Apabila bercakap tentang perniagaan, ia bukan tentang apa yang saya suka semata-mata, tapi juga pasaran. Secara peribadi saya gemarkan sesuatu yang lebih ringkas dan minimalis. Tapi apa yang dibawakan di studio ini lebih berkonsep mid century dan scandinavia. Jika dilihat, arus trend di Malaysia kini lebih cenderung ke arah rekaan abad pertengahan yang mana rekaannya lebih kecil namun tetap elegan.
Relevan konsep sebegini kepada masyarakat hari ini?
Generasi hari ini adalah generasi yang kebanyakannya tinggal dalam ruangan kompak. Namun begitu, setiap orang masih mahukan sebuah tempat tinggal yang sempurna. Saya kira itulah sebabnya mengapa konsep mid century, scandinavia dan minimalist menjadi pilihan dan pasaran untuk segment ini lebih meyakinkan.
Apa yang anda belajar sepanjang menceburkan diri dalam perniagaan reka bentuk dalaman?
Kemahiran public relation. Sesuatu yang tidak ada dalam diri saya sebelum ini. Ia adalah kemahiran paling penting perlu ada dalam dunia perniagaan untuk berhadapan dengan pelbagai ragam orang. Kurangnya kemahiran ini boleh merosakkan hubungan dengan pelanggan jika gagal mengawal situasi yang mencabar.
Kerjaya: Usahawan, arkitek, pereka dalaman.
Antara rekaan: Rangkaian perabot di Joy Design Studio
The post RR ikon: A Risk Taker Unfold His Own Story appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.
No comments:
Post a Comment