Monday, July 18, 2016

RR Tips: Cara Betul Susun Wardrobe

Wardrobe terbuka dengan teknik organisasi yang betul memudahkan urusan persiapan diri seharian serta kekemasan penyimpanan dan penjagaan material. Tips kali ini sangat praktikal bagi para sophaholic yang sentiasa bertambah-tambah pakaian dan aksesori baru dari semasa ke semasa, fashionista yang wardrobenyanya sudah melimpah ruah, atau bagi mereka yang menghadapi kes unik seperti penghidap ataxophobia.

Jika anda salah seorang daripadanya, lihat tips-tips di bawah!

rr-tips-wardrobe

1. Buang yang lama – Tidak tahu mahu pakai apa walaupun hakikatnya wardrobe anda sesak dengan pakaian!? Kenapa?- 20% sudah tidak muat, 20% sudah tidak mengikut spesifikasi selera, 20% terlalu banyak kali dipakai. Caranya?- let go pakaian-pakaian lama yang sudah tidak digunakan dan tidak mempunyai nilai sentimental untuk disimpan. Boleh jual, atau dermakan jika masih cantik. Kenapa perlu simpan kalau tidak boleh dipakai? Melainkan jika anda mempunyai sindrom kompulsif hoarding.

2. Solusi Penyimpanan – Anda boleh menggunakan khidmat professional untuk mereka bentuk custom wardrobe atau jika tidak mempunyai bajet, jadi lebih kreatif dan D.I.Y! Gunakan unit penyimpanan yang boleh menampakkan pakaian dan aksesori. Anda akan lebih memakainya jika anda melihatnya!

3. Pakaian boleh disusun berdasarkan warna, saiz panjang atau pendek, keperluan pakaian pada musim-musim tertentu, waktu siang atau malam, serta keperluan acara. Kekemasan susunan pakaian memudahkan anda mebuah keputusan dan pemilihan pakaian setiap hari.

4. Gantung semua pakaian jika mempunyai ruang untuk gantung semuanya. Jangan sekali-kali meninggalkan pakaian dalam pembersih kering atau beg plastik. Bahan kimia dari cucian kering menyerang gentian pakaian dan menyebabkan kerosakan.

5. Kasut atau kasut tumit adalah karya seni, jadi mengapa tidak dipaparkan dengan selayaknya? Susun koleksi kasut dengan membuat paparan visual yang kemas dan menarik. Jangan lupa untuk sentiasa memastian kasut anda dalam keadaan yang bersih!

rr-tips-wardrobe-1

6. Laci dengan petak dan slot dapat menjaga dan menyimpan aksesori dengan rapi. Anda boleh organisasikannya berdasarkan keperluan acara, kasual dan formal, atau berdasarkan set dan kumpulan warna.

7. Penggunaan kotak-kotak kecil amat membantu kemasan wardrobe untuk penyimpanan lebih efektif. Organisasikan kotak-kotak kecil ini dengan kemas dan tersusun. Malahan kewujudan kotak-kotak khusus ini boleh menjadikan rekaan wardrobe tampil sempurna dan ekslusif.

The post RR Tips: Cara Betul Susun Wardrobe appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.

No comments:

Post a Comment