Tuesday, July 26, 2016

RR Tips: Ruang Belajar Bijak

Ruang cerah!
rr-tips-ruang-kerja-psq
Direka oleh | Pocket Square

Ruang cerah menyediakan persekitaran baik untuk belajar. Suasana redup penyebab kecenderungan kepada rasa mengantuk. Penggunaan tingkap dan lampu di dalam bilik belajar ini memberi pilihan kepada anak-anak untuk belajar pada bila masa sesuai dengan keadaan waktu masing-masing.

Ada yang lebih fokus apabila belajar pada siang hari dan ada juga lebih sesuai belajar pada waktu malam. Jika belajar pada siang hari, cahaya matahari yang masuk dari tingkap adalah sumber cahaya paling baik. Jika belajar pada waktu malam pula nyalakan lampu yang memberikan pencahayaan tetap, menyebar sama rata, tidak berkedip atau silau serta tidak menimbulkan bayangan  yang mampu mengganggu sewaktu belajar. Pemilihan mentol lampu juga amat penting, pilih mentol yang mempunyai kecerahan maksima (day light).

Tingkap dan Susun Atur
rr-tips-ruang-kerja-nu-infinity
Direka oleh | Nu Infinity

rr-tips-ruang-kerja-architiro
Direka Oleh | Architrio

Rekaan ruang belajar dengan tingkap besar menyumbang kepada kewujudan sebuah kawasan belajar sempurna. Tingkap bukan sahaja  mampu membawa masuk udara segar dari luar malahan ia mampu menjadi terapi apabila ruang belajar itu berada di ruang tingkap yang mampu memberi pemandangan yang indah dan menenangkan. Satu faktor melemahkan tumpuan dan penyebab mengantuk adalah kekurangan oksigen dalam otak. Oleh itu, kitaran udara yang baik amat diperlukan untuk fokus mengulangkaji yang lebih berkesan. Bilik yang kedap udara seringkali mendatangkan pelbagai masalah dari segi keadaan yang kurang selesa seperti bau kurang enak serta udara yang tidak cukup dalam ruang tersebut, ini adalah gangguan sewaktu belajar yang perlu dielak.

Reka letak perabot secara tersusun membolehkan anak belajar dalam suasana positif.

Biar sekecil manapun bilik belajar, ruang untuk pergerakan tidak boleh diabaikan. Ini kerana gerakan anggota badan seperti senaman ringan tangan membangunkan saraf yang menyebabkan rasa mengantuk setelah duduk tanpa bergerak dalam tempoh lama. Selain menghilangkan ketegangan otot, pergerakan fizikal juga membantu menghantar lebih banyak darah ke otak sekaligus menghilangkan rasa lesu.

Visual indah dalam penataan
rr-tips-ruang-kerja-luna solutions
Direka oleh | Luna Solutions

Antara punca ketegangan ketika belajar ialah ruang visual statik. Terlalu lama melihat teks panjang dan deretan abjad bersaiz kecil menyebabkan kebosanan serta mata menjadi letih. pemilihan warna lembut pada dinding seperti warna putih atau pemasangan tingkap kaca tembus menyegarkan mata apabila mengalihkan seketika pandangan dari buku dan bahan bacaan.

Kewujudan papan atau dinding kosong untuk menampal nota di dalam bilik salah satu cara mewujudkan ruang belajar lebih menarik. Ia membolehkan pelajar menampal nota penting pada dinding dengan kreativiti sendiri, ini mampu menarik minat mereka untuk belajar lebih lama.

Tips:
Perletakan rak penyimpanan buku berhampiran meja belajar memudahkan anak mencapai bahan bacaan tanpa mengganggu tumpuan untuk bangun berjalan ke arah rak yang jauh.

The post RR Tips: Ruang Belajar Bijak appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.

No comments:

Post a Comment