Penulen pintar ini dibangunkan bersama satu aplikasi dinamakan Dyson Link App bagi pengguna iOS dan Android. Aplikasi ini membolehkan pengguna mengetahui kualiti udara dalam dan luar kediaman secara langsung dari sebarang lokasi, serta membolehkan pengguna mengawal kualiti udara walaupun berada jauh dari rumah.
Apabila menerima isyarat kualiti udara mencapai tahap puncak, pengguna boleh mengambil tindakan sebelum kualiti mencapai tahap tahap tidak selamat. Malah Auto-mode boleh dijadualkan untuk memastikan udara dibersihkan pada max-mode.
Dyson Pure Link ™ Cool dengan penapis 360° Glass HEPA merangkumi 1.1 juta meter persegi binaan microfibers yang boleh memerangkap 99.95% zarah per minit termasuk debunga, bakteria, virus dan zarah halus apabila udara ditarik masuk melalui gelung pada halaju yang tinggi dan disalurkan oleh airfoil-shaped ramp, mewujudkan aliran udara yang lancar dan bersih. Manakala, lapisan karbon aktif granule memerangkap bau dan toksin berbahaya seperti asap, bau cat dalam penapis.
Pelbagai ciri pintar yang ditawarkan, penulen udara Dyson Pure Link ™ Cool adalah pilihan bijak bagi setiap pengguna. Untuk maklumat lanjut hubungi :
Visionary Solutions Sdn Bhd
10 Boulevard ,
A-8, Block Allamanda,
Lebuhraya SPRINT PJU6A,
47400 Petaling Jaya, Selangor.
T: +603 77105877
E: dysonsupport@visionary.com.my
The post RR Love: Penulen Pintar Dyson appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.
No comments:
Post a Comment