Thursday, October 6, 2016

RR Diari Istimewa: Slimming Sanctuary

Le Sense By Slimming Santuary di The Garden Kuala Lumpur menjadi lokasi pertemuan pembaca majalah rrenovation penghujung Ogos lalu. Pusat regime kecantikan dan pelansingan ini membuka pintunya dan memberi perkhidmatan kecantikan secara percuma khusus buat para pembaca.

slimming-sanctuary-participants

slimming-sanctuary-interior

Di sini, mereka berpeluang mendapatkan rawatan sambil berehat selesa mungkin dalam privacy yang maksima termasuk rawatan pelansingan iaitu Rejuv Spa treatment, Body Detox & Reshaping Treatment dan Hot blanket with Body. Antara aktiviti lain dijadualkan termasuk tutorial rawatan muka DIY oleh trainer Slimming Sanctuary Jessy Toh.

slimming-sanctuary-events

Menyedari betapa besarnya manfaat yang boleh diperolehi dengan minuman jus untuk kesihatan dan kecantikan, pihak Slimming Sanctuary turut memasukkan sesi membuat jus bersama pakar pemakanan Ivy liew dalam agenda pertemuan tersebut.

slimming-sanctuary-interior-bath

Slimming sanctuary menyediakan perkhidmatan kesihatan dan kecantikan menyeluruh di bawah satu bumbung untuk memenuhi keperluan kesihatan dan kecantikan wanita dan lelaki. Rawatan dan produk berkualiti tinggi dan dihasilkan oleh teknologi Eropah menawarkan perkhidmatan yang mewah. Tidak sukar untuk menjadi cantik dan langsing dengan bantuan Slimming Santuary malah memanjakan diri di sini memberi satu kepuasan mutlak kepada para pengunjung.

http://ift.tt/2e73fVN

The post RR Diari Istimewa: Slimming Sanctuary appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.

No comments:

Post a Comment