Hujung minggu bersama keluarga melakukan aktiviti bersama seperti menanam pokok pasti menjadi satu terapi dan aktiviti paling seronok yang mampu merapatkan hubungan kekeluargaan selepas seminggu sibuk bekerja. Apatah lagi melayan tingkah laku anak-anak yang riang merumput dan membaja, masing-masing berteka-teki mengagak bila pokok akan membesarkan dan membuah hasil. Tetapi si ibu mula pening kepala apabila tiba masa membasuh baju dan seluar yang dipakai semasa menanam. Kotor pasir dan tanah serta lecak air siraman yang melekat susah hendak ditanggalkan walaupun berkali menyental juga tidak membantu.
Demi kesenangan semua dan menyelesaikan beban ini, apa kata keluarkan sedikit belanja asalkan berbaloi. Bukan hanya dengan menukar mesin basuh lama dengan mesin baru, tapi pastikan pilihan mesin adalah tepat supaya tidak rugi membeli. Tapi mengapa kami cadangkan mesin basuh Samsung AddWash™?
Mesin Basuh AddWash™ mempunyai pintu AddWash™ yang merupakan satu pintu tambahan yand dibina atas pintu biasa. Pintu AddWash ini membolehkan baju kotor yang terlupa dimasukkan ditambah di tengah basuhan tanpa menyebabkan air atau buih pencuci melimpah keluar.
Menarik lagi fungsi pintu tambahan ini membenarkan pengguna menambah pelembut pakaian pada bila-bila masa diperlukan jika ia tidak mencukupi.
Bagi membilas fabrik lembut, tambah lebih kemudian supaya pakaian boleh kekal lembut dengan bilasan menyeluruh tanpa perlu melalui kitaran yang lama bersama fabrik lain. Pakaian terjaga, kita gembira!
Program Cucian Perkebunan
Mengapa perlu risau tentang baju yang akan kotor kalau ada Samsung AddWash™ dalam rumah anda? Jadikan riadah menanam sebagai rutin keluarga dan nantikan hasil tanaman yang bakal mekar di halaman! Tinggalkan kerisauan tentang noda dan selamat bergembira! Mesin basuh Addwash™ ini ini diprogramkan dengan satu program yang membantu cucian lebih berkesan ketika membasuh pakaian kotor iaitu program cucian perkebunan. Kitaran pembersihan berupaya menyingkirkan rumput, lumpur dan kotoran yang melekat serta membersih peluh yang diserap fabrik secara berkesan.*
Samsung AddWash™ membangunkan satu intensif penyingkiran noda daripada Teknologi Bubble Soak yang membantu mengeluarkan pelbagai kesan degil pada kitaran basuh biasa di mana pakaian direndam dalam gelembung aktif.
Teknologi Eco Bubble™ pula mempunyai kuasa pembersihan efektif pada suhu rendah, bahan pencuci bertukar menjadi buih lalu menembusi fabrik dan membuang kotoran dengan cepat dan mudah di samping dapat melindungi fabrik daripada rosak dan menjimatkan tenaga.
Samsung AddWash™ boleh didapati dalam 3 kapasiti: 12 KG | 10.5KG | 8 KG
*Program Cucian Perkebunan hanya boleh didapati dalam model 12kg.
Samsung Malaysia Electronic (SME) Sdn Bhd
Samsung Careline (24 hours daily): 1800-88-9999
Web: www.samsung.com/my
FB: Samsung Malaysia
The post RR Love: Samsung appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.
No comments:
Post a Comment