Friday, November 18, 2016

RR Diari Istimewa: Slimming Sanctuary

rr_diari_istimewa_slimming_sanctuary

Sempena menyambut ulangtahun slimming sanctuary kali ke 16, spa ini meraikan pembaca setia majalah rrenovation secara eksklusif di cawangan slimming sanctuary setia prima. Pertemuan kali kedua bersama pembaca majalah selepas pertemuan pertama oktober lalu dirancang dengan lebih kejutan istimewa.

rr_diari_istimewa_slimming_sanctuary_group_photo

Bagi seorang peserta Faridah, wanita ini menikmati pagi hari tersebut dengan tenang dan bebas dari tekanan. “Berbaloi mendapat rawatan di slimming sanctuary dan terima kasih kepada team majalah rrenovation memberi peluang ini.”

rr_diari_istimewa_slimming_sanctuary_mask

Antara rawatan yang diberi termasuk urutan badan menggunakan buluh yang dikenal sebagai Bamboo Massage melegakan badan daripada sakit otot dan ketegangan. Hot Stone Massage pula kaedah perubatan semula jadi yang boleh melegakan ketegangan otot akibat tekanan, kecederaan atau berjam-jam di meja kerja.

Slimming Sanctuary turut menawarkan rawatan anti cellulite kepada pengunjung. Menggunakan formula herba dan teknik berkesan untuk detox dan mengurangkan lemak, membentuk semula bentuk badan yang ideal dan sihat. Suasana Zen di Slimming Sanctuary menyediakan ruang yang terbaik kepada 20 pengunjung ini untuk merehatkan diri dan menyingkirkan tekanan yang dihadapi.

Manakala melalui segmen Fun Juice Bar, Ivy Liew berkongsi cara membuat home made nutrition jus. Antara resipi yang dikongsi termasuk jus campuran lemon, pisang dan susu.

rr_diari_istimewa_slimming_sanctuary_demo

Turut memberikan rawatan wajah kepada pengunjung terpilih ini, staf Slimming Sanctuary merawat wajah dengan kolgen asli untuk menjana semula tisu kulit yang rosak, melindungi kulit daripada kusam dan mengembalikan keremajaan kulit. Bagi penghasilan cucian muka yang yang lebih efektif, gunakan Ultra Gentle Makeup Remover Cushion Pads daripada France, ia mampu menjadikan wajah lebih cerah dan pigmen kulit lebih cantik. Menyediakan bonus yang dijangka apabila Slimming mendedahkan rahsia menghasilkan home made mask yang dilakukan oleh Jessy Toh dengan menggunakan bahan semulajadi seperti yogurt, madu dan avocado, untuk menghasilkan dua mask istimewa iaitu Acne Prone Mask with Oatmeal dan Angel Brightening Mask with Papaya.

rr_diari_istimewa_slimming_sanctuary_selfie

http://ift.tt/2dbmhLc

The post RR Diari Istimewa: Slimming Sanctuary appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.

No comments:

Post a Comment