Seni Reka Fesyen
Golongan muda hari ini sukakan fesyen yang segar dan berani bergaya menjadikan arena fesyen semakin meriah. Kolej Vokasional Zon Tengah sempena penganjuran KV Skills mencungkil bakat pelajarnya melalui pertandingan Seni Reka Fesyen. Program seumpama ini diharap dapat menjadi stepping stone kepada pelajarnya untuk meneroka industri sebenar masa hadapan.
Pertandingan disertao enam peserta dari Kolej Vokasional ERT Setapak, Kolej Vokasional Sepang dan Kolej Vokasional Sutan Abdul Samad Banting. Selama enam jam masa diperuntukkan pelajar yang telah terlatih ini kelihatan tenang menterjenah lakaran fesyen, menyusun atur pola, dan menjahit dress penuh teliti, sedikit kesilapan teknikal diatasi dengan profesional.
Kulinari
Hot Kitchen, satu pertandingan yang mempertemukan pelajar Kursus Seni Kulinari dan Bakeri Kolej Vokasional Sepang, Kolej Vokasional ERT Setapak dan Kolej Vokasional Kuala Selangor dan Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad, Banting.
Ilmu yang dipejari dari modul dan bakat yang digilap di setiap kelas, apabila anak didik Kolej Vokasional ini tidak kekok dan yakin mempamerkan kemahiran masing-masing Daya imaginasi yang tinggi ditumpahkan pada setiap hasil kerja untuk dinilai juri. Membanggakan apabila peserta berjaya mencapai tahap silver untuk kategori hot kitchen manakala peserta Pastry dan Bakery seramai 6 orang berjaya mencapai tahap gold. Tahniah!
Pertandingan design laman sesawang adalah satu platform memantapkan kemahiran pelajar Kolej Vokasional sebelum dihantar menyertai Pertandingan Worlskill Malaysia Belia peringkat kebangsaan anjuran Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Kerja Raya yang diadakan pada setiap tahun.
Pertandingan disertai Pengurusan Pangkalan Data dan Aplikasi Web di semua Kolej Vokasional Zon Tengah iaiatu KV Sepang, KV Shah Alam dan KV Kuala Selangor. Muhammad Hilman bin Muhaiyuddin dinobatkan sebagai Johan manakala naib johan diraih oleh Rais b Zaid kedua-dua mereka adalah pelajar semester 2 Program diploma Sistem Pengurusan Data & Aplikasi Web.
The post RR Diari: Kolej Vokasional appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.
No comments:
Post a Comment