Thursday, November 24, 2016

RR Makan-Makan: Baan 26

Berjalan kaki antara deretan bangunan kolonial di Changkat Bukit Bintang, kebanyakkannya telah diubahsuai dan dijadikan restoran dan pub menawarkan pelbagai jenis hidangan antarabangsa. Jalur bangunan ini pantas menjadi tempat tumpuan lepak serta makan dan setelah puluhan tahun sehingga ke hari ini, ia tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda kemeriahannya akan malap.

rr_42_baan_26_1

Mencari sesuatu yang berbeza dalam kawasan yang banyak menawarkan hidangan barat ini, team rrenovation singgah di sebuah restoran yang menawarkan masakan Thai asli iaitu restoran Baan 26. Sudah 10 tahun berada di sini, Baan 26 menerima kunjungan warga tempatan dan pelancong yang menggemari hidangan Thai asli dan mereka yang mencari makanan enak yang sihat.

Mengekalkan rasa autentik adalah kunci untuk memikat perut penikmat makanan Thai sejati. Sebahagian daripada bahan-bahan yang digunakan dalam masakan diimport dari Thailand untuk memastikan rasa tulen yang konsisten. Baan 26 menyediakan pelbagai hidangan dari sup, salad, nasi goreng, mi dan hidangan daging. Apa yang membuatkan Baan 26 istimewa dari restoran Thai yang lain keranai di sini mereka menyediakan Mieng Kam, pembuka selera yang sukar dicari restoran Thai yang lain.

rr_42_baan_26_3

Apabila singgah di sini, Pesanan yang tidak boleh ditinggalkan sudah tentu Spicy Tom Yam! Dicampur udang segar bersaiz besar, isi ikan tebal, ayam dan straw mushroom dalam kuah direneh bersama rempah asli dan dihidang panas atas mini burners. Menghirup kuahnya yang pedas terasa puas. Chicken Wrap pula hidangan isi ayam dibalut dalam daun pandan yang menguatkan aroma makanan asia ini.

Pengasas Baan 26 Chai Kah Fei meluangkan masa menerima kunjungan team rrenovation. Amat mudah mendekati tuan empunya perniagaan ini lantaran sikapnya yang bersahabat. Anak Malaysia ini mengembara merentas sempadan Thailand, negara jiran yang dipilih untuk berkelana mengutip pengalaman dalam bidang kulinari dan pengalaman itu meninggalkan kesan yang berkekalan bagi dirinya. Kah Fei belajar seni memasak Thai melalui pemerhatian sepanjang berkerja di restoran Thai selama bertahun-tahun dan membawa pulang rahsia hidangan Thai untuk dikongsi bersama penggemar masakan ini di tanah air.

rr_42_baan_26

Memilih untuk membuka restoran Baan 26 di Changkat Bukit Bintang, baginya tempat ini sangat menjanjikan kerana ia merupakan hotspot restoran yang paling meriah antara kawasan downtown segi tiga emas Kuala Lumpur. Dari luar antara lot restoran dan bar, Baan 26 nampak menonjol dengan binaan kayu kuning dan merah, dekor yang mengingatkan gaya lorong kasual restoran di Thai. Ruang dalam Baan 26 menyediakan suasana selesa untuk singgah daripada bahang luar kota raya. Cahaya lampu keemasan memantulkan warna jingga dalam ruang dicat merah dan kuning. Meski serba ringkas, beberapa hiasan klasik pada dinding seperti paparan besi tempa bunga-bunga. Anjung dijadikan ruang makan alfresco manakala ruang makan di tingkat atas sesuai untuk acara privacy.

rr_42_baan_26_2

Menawarkan hidangan autentik Thailand yang enak dalam persekitaran yang cosy dan selesa bersama perkhidmatan yang mesra, tidak hairan jika Baan mendapat pengiktirafan finalist Best Product Quality and Service Excellence at the HAPA-GAB Excellence Award 2012 dan juga Top 5 HAPA Chic & Casual Dining (Malaysia Series) dan baru-baru ini disenarai pendek dalam BEST THAI for TIMEOut KL food & drink Awards 2016.

baan26.com

The post RR Makan-Makan: Baan 26 appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.

No comments:

Post a Comment