Monday, November 28, 2016

RR Fokus: Kolam Danau

rr_fokus_kolam_danau
imej dari livingpursuit.com

Ketika pandangan tertarik pada landskap kolam yang seakan akan sebuah danau, aliran darah terhenti bagaikan disihir ketenteraman luar biasa. Beruntung bagi empunya kediaman yang mempunyai kolam seperti ini di rumah. Pohon menghijau, air jernih hingga ke dasar, sampan kecil yang ditambat mengagumkan apatah lagi apabila ia diwujudkan di tengah rumah dan menerima cahaya matahari menembusi. Gambaran yang tidak terjangkau imaginasi mengujakan apabila melihatnya, hati kecil berteriak, “aha, Inilah yang saya mahu!”

RRenovation kali ini menjejak lebih banyak cara untuk mengadaptasi elemen danau dalam persekitaran kolam kediaman. Jom lihat 5 cara di sebelah!

Jernih mata air
rr_fokus_kolam_danau_1

Air adalah elemen sangat penting apabila bercerita tentang kolam. Sama ada air beriak hijau atau biru, kejernihan air sejernih mata air semula jadi yang memenuhi lopak danau menyejukkan mata memandang. Sudah tentu ia menuntut penjagaan berkala apabila ada tumbuhan hijau disekililingnya. Dedaun luruh perlu dibersihkan sekerap mungkin untuk menjaga kejernihan dan kebersihan air kolam ini.

Bangau dan angsa
Danau seringkali dikaitkan sebagai habitat atau persinggahan burung bangau dan angsa iaitu spesies burung berkaki panjang dan berleher jinjang yang cantik. Satu hukum alam yang boleh ditiru dengan menempatkan beberapa sculpture spesies ini di sekitar kolam. Kawanan burung flamingo yang memiliki warna merah jambu dan jingga misalnya mempunyai berbagai kelakuan yang sangat menarik. Gemar berdiri dengan mengangkat satu kaki dalam cuaca tertentu, posisi head flagging, marching atau bentuk wing saluting galore, satu bentuk imitasi melalui sculpture yang boleh menghidupkan persekitaran danau buatan.

Bukan cara biasa
rr_fokus_kolam_danau_2
imej dari id industries Sdn Bhd

Kolam berbentuk L, segi empat tepat dan oval adalah bentuk biasa pembinaan kolam formal. Namun apa yang kita mahukan sekarang adalah sebuah kolam persis danau yang terbentuk secara alami, sudah tentu lebih sesuai jika menggunakan bentuk geometri kolam yang nampak lebih semula jadi.

Kolam berbentuk angka-8 atau juga dikenal figure-8 misalnya, memperuntukkan pemisahan kolam kepada dua bahagian dan boleh menentukan sempadan dasar air cetek dan lebih dalam. Lekuk pada setiap sisi figure-8 boleh dijadikan tempat memasukkan elemen semula jadi seperti pokok hijau. Penghujung kolam tidak semestinya mencerminkan imej atau sama saiz dengan satu sisi penghujung lagi.

Kolam berbentuk bebas (free-shaped) pula tidak mematuhi mana-mana corak reka bentuk kolam biasa. Ia biasanya direka bentuk untuk campuran dalam alam semula jadi. Agak mencabar untuk membina kolam dan landskap sekitar seperti ini, tapi ia memberi lebih peluang untuk menerapkan unsur alami.

Galaksi kunang kunang di tebing danau
rr_fokus_kolam_danau_3
imej dari www-homedsgn-com

Sewaktu merangka binaan kolam, gambaran beribu kelip-kelip mengeluarkan cahaya pada malam bulan September menerjah dan bersilang antara beberapa idea lainnya. Bagi pencinta alam, ia adalah satu pemandangan yang luar biasa menakjubkan. Dari situ hadir ilham untuk mendapatkan pemandangan yang serupa di sekitar kolam danau buatan lalu lampu kecil digantung pada pokok untuk mencipta phantasmagoria kehadiran serangga bercahaya hijau, kuning dan jingga itu.

Jalan pintas
rr_fokus_kolam_danau_4
imej dari costaricaluxuryvillarental.com

Tumbuhan hidup mencipta lingkungan oasis yang redup dan aroma menyegarkan. Lihat tiga ciri apabila mempertimbangkan tumbuhan terbaik iaitu warna, saiz dan tekstur. Tumbuhan seperti pokok buluh contohnya memberi teduhan lebih semula jadi. Jika kolam di dalam rumah atau sangat dekat dengan rumah, elakkan tanaman besar yang berakar panjang kerana ia boleh merosakkan struktur bahagian bawah kolam dan kediaman.

Bagi penggemar bunga, perlu ambil tahu pokok bunga yang sesuai untuk tanaman sekitar kolam bukan bersandar minat semata mata. Pokok bunga kertas atau bougeinvilla contohnya antara tumbuhan berbunga mudah didapati dan digemari ramai. Pada musim panas bunganya berkembang dan lebih banyak bunga baru keluar, sangat cantik apalagi jika ia adalah bunga dihibridkan. Sementara itu, jalan pintas jika merasakan sukar untuk menjaga tumbuhan hidup adalah dengan mempertimbangkan tumbuhan artificial seperti palm tree.

rr_fokus_kolam_danau_5
imej dari Thomas Murphy

The post RR Fokus: Kolam Danau appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.

No comments:

Post a Comment