Penyelesaian kepada situasi terperangkap dalam ruang rumah yang terhad dan membosankan adalah rekaan dalaman. Satu ilmu silap mata paling logik yang berupaya mengubah ruang kosong yang mendatar dan hampa kepada ruang yang mempersona sehingga di dalamnya kita dapat menakluk sebuah kehidupan dengan cara sendiri.
Biar kami jelaskan menerusi sepetak rumah garapan Dewani Design & Construction ini. Bermula dari ruang tamu utama yang menarik, ia adalah hasil reciprocal apabila reka bentuk, texture, bahan, rona dan cahaya menjadi sendi yang saling menyokong dan beraduk mencipta aliran dekor yang lancar.
Struktur kayu berlamina dan cermin kelabu adalah asas pembinaan dinding tumpu yang menjadi latar belakang ruang tamu alias ruang menonton ini. Cultured stone atau lebih difahami sebagai batu tiruan dihasilkan dalam pigment warna semula jadi dipasang di kedua dua sisi dinding tumpu. Permainan pencahayaan dalam ruang utama oleh suluhan cahaya eye bowl menyerlahkan tekstur binaan cultured stone. Manakala tiang kapur yang memancar cahaya warm white membelah kesuraman ruang.
Di tengah ruang berlantaikan vinyl yang memaparkan kehalusan serat kayu, perabot kerusi rotan menyisipkan sentuhan rustik serta jambangan bunga dan buluh rotan hiasan menerapkan elemen kedesaan. Dinding yang awalnya polos dicat menggunakan teknik semburan memberi kesan yang boleh dirasi oleh sentuhan. Kertas dinding bercorak meninggalkan impak kesenian yang mengesankan.
Tiada tempat yang lebih melapangkan hati selain pulang ke rumah sendiri. Maka penting untuk memiliki sebuah rumah yang sesuai dengan cita rasa kerana meski secantik mana pun kediaman jika tidak sesuai dengan jiwa, sukar untuk nikmati masa berada di dalamnya.
Cari pereka yang boleh membantu anda mencapai rumah idaman. Di Dewani Design & Construction, pereka dalaman yang pakar dan berpengalaman sentiasa fokus untuk memberi yang terbaik kepada anda.
Dewani Design & Construction Sdn Bhd
No 14, Jalan Tanjung,
Taman Dato’ Penggawa Barat,
81200 Johor Bahru, Johor.
T: +607 2391 828
F: +607 2391 819
M: +6012 7719 008
E: admin@dewanidc.com
W: www.dewanidc.com
The post RR Love: Dewani Design & Construction appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.
No comments:
Post a Comment