Sunday, November 20, 2016

RR Love: Dyson

Ada rasa terganggu dan kurang selesa apabila menggunakan pengering tangan yang terlalu bising. Manakala sesetengah pengering tangan yang berbunyi lebih senyap pula pula menggunakan motor yang lemah untuk mengekalkan tahap bunyi yang rendah. Ia akan menyebabkan masa mengeringkan tangan menjadi lebih lama. Mungkin anda lebih rela  keluar dari bilik air dengan tangan yang lembab daripada menunggu.

rr_42_dyson_silver

Barisan jurutera Dyson menggabungkan kepakaran dalam aerodinamik, akustik dan motor, menggunakan teknologi AirbladeTM mencipta pengering tangan yang senyap, bersih dan pantas mengering iaitu Dyson Airblade ™.

Lebih senyap
Dyson Airblade ™ terbukti 35% lebih senyap berbanding teknologi pengering tangan Dyson sebelum ini setelah diuji melalui ujian acoustic. Bukaan udara Precision dengan saiz slot di mana udara keluar mesin telah dikurangkan daripada 0.8 mm ke 0.5mm telah

mengekalkan halaju udara di samping mengurangkan pergolakan. Reprogram motor digital Dyson V4 m 1000W (berbanding 1600W sebelum ini) menarik kurang udara melalui mesin yang dapat mengurangkan bunyi dari pergolakan. 

rr_42_dyson

Lebih bersih dan pantas mengering
Pengering tangan Dyson Airblade ™ menggunakan penapis HEPA yang menangkap 99.97% daripada partikel sekecil 0.3 mikron dari udara bilik air. Tangan dikeringkan dalam 12 saat menggunakan udara yang lebih bersih.  Mesin ini mengandungi bahan tambahan anti-bakteria yang dapat mencegah pertumbuhan bakteria pada permukaan luaran.

Tangan yang lembab meningkatkan penyebaran bakteria sehingga 1,000 kali. Gunakan pengering tangan Dyson Airblade ™ untuk mengeringkan tangan lebih cepat dan bersih dengan bunyi yang lebih senyap!

Visionary Solutions Sdn Bhd
10 Boulevard ,
A-8, Block Allamanda,
Lebuhraya SPRINT PJU6A,
47400 Petaling Jaya, Selangor.
T: +603 7710 5877
E: dysonsupport@visionary.com.my

The post RR Love: Dyson appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.

No comments:

Post a Comment