Monday, November 21, 2016

RR Love: Philips

Kini ramai menghabiskan lebih banyak masa merenung skrin. Tidak hairanlah jika ramai pada usia muda sudah mula lemah penglihatan akibat tekanan mata sepanjang hari pada komputer, tablet atau telefon pintar.  Mengurangkan penggunaan telefon mudah alih adalah salah satu cara yang pasti untuk mengurangkan tekanan yang dipaksa pada mata. Pada masa yang sama, mendapatkan cahaya yang betul dan mencukupi di sekeliling juga boleh membantu melegakan ketegangan.

rr_42_philips

Pemilihan lampu hendaklah ditentukan oleh tugas yang ingin dilakukan dalam sesebuah  tempat dan masa yang sama untuk melakukan kerja lain. Saat menggunakan komputer, tumpukan cahaya hanya pada papan kekunci dan bukan pada monitor. Ini membantu mengurangkan silau yang boleh menyebabkan keletihan mata selepas beberapa ketika. Jika lampu meja mempunyai dimmer, itu lebih baik supaya kecerahan dapat diselaraskan ke tahap yang selesa.

Jika di dapur yang melibatkan dua tugas utama iaitu memasak dan mencuci, lampu terang diperlukan untuk tumpuan kerja seperti memeriksa rebusan atau hasil bakar steak dengan tepat. Walau bagaimanapun untuk kerja membasuh selepas itu kita mungkin hanya memerlukan pencahayaan umum. Bolehkah kedua-dua keperluan ini dipenuhi? Ya, ia boleh dilakukan dengan dimmer atau lampu yang berbeza ditetapkan di pelbagai bahagian dapur.

Prinsip yang sama terpakai untuk ruang tamu di mana tetapan lampu berbeza untuk kegunaan yang berbeza apabila kita membaca, menonton TV atau berehat dengan segelas jus selepas kerja.

Memahami pengaruh cahaya terhadap kesihatan mata dan kesejahteraan hidup, dari semasa ke semasa Philips membuat penyelidikan dan pembangunan bagi mencipta produk lampu baru yang inovatif. Mentol Philips SceneSwitch LED misalnya menggabungkan tiga tetapan cahaya dalam satu lampu membolehkan suasana ruang diselaras dari cahaya kuning hingga cahaya putih.

Philips berharap rangkaian lampunya boleh memberi kesan positif kepada kehidupan pengguna setiap hari malah menyumbang gaya hidup berkualiti kepada masyarakat Malaysia dalam jangka masa panjang. 

Philips Lighting Commercial Malaysia Sdn BHd (1150786-W)
Customer Service Center:
Lot 2C, Jalan Klang 51/206,
Section 51, Petaling Jaya, Selangor.
T: +603 7808 4000
Hotline: 1800-80-2253
W: http://ift.tt/2dtJcfK
FB: facebook.com/ PhilipsLightingMalaysia
IG: http://ift.tt/2fMl2l6

The post RR Love: Philips appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.

No comments:

Post a Comment