Monday, November 21, 2016

RR Love: Samsung

samsung_kids

Anak yang aktif, petanda sihat dan bijak, tiada istilah berehat untuk mereka. Cuti hujung tahun bakal saat si manja nantikan untuk merancang aktiviti mereka untuk bermain dengan saudara, jiran dan sahabat sebaya. Berkejaran di laman tanpa kasut, merangkak di atas rumput, sembunyi dan cari menyorok diri dirumpun pokok, menyiram bunga sebagai helah untuk bermain air, sudah tentu menyebabkan pasir, lumpur dan rumput melekat pada pakaian. Ramai ibu runsing apabila berhadapan dengan situasi untuk membasuh pakaian anak yang sangat kotor.

Teknologi Bubble Soak
Membersih dalam gelembung aktif

samsung_washing_machine

Kebimbangan sukar membasuh pakaian kotor tidak sepatutnya dijadikan alasan menyekat kegembiraan anak untuk meneroka dunia luar. Lumpur dan kotoran degil yang melekat pada pakaian kini tidak lagi mustahil untuk ditanggalkan tanpa merosakkan fabrik. Tidak perlu memberus atau menyental sehabis tenaga mahupun merendam pakaian dalam peluntur sehingga melusuhkan pakaian. Teknologi Samsung menyediakan cara mudah dan bijak untuk mencuci pakaian menggunakan mesin basuh Addwash™.

Samsung Addwash™ mempunyai teknologi Bubble Soak yang bertindak membersih noda secara berkesan. Pelbagai kotoran degil pada pakaian disingkirkan dalam rendaman gelembung aktif pada kitaran basuh biasa menggunakan  teknologi Bubble Soak. Telah terbukti keberkesanan teknologi ini membasuh setiap inci lipatan bahagian luar dan dalam pakaian. Biarkan anak membesar dengan gembira dan menjadi kanak-kanak aktif!

Teknologi AddWashTM
Tambah pakaian yang tertinggal pada bila-bila masa

samsung_washing_machine_wash

Bukan tidak biasa berlaku ketika pakaian sudah di tengah basuhan baru teringat masih ada pakaian yang terlupa dimasukkan, tercicir di dalam bilik tidur atau anak baru pulang dari bermain dan meletakkan pakaian kotor dalam bakul. Pengguna mesin konvensional hanya mampu menunggu basuhan pertama selesai sebelum membasuh kali kedua sepersalinan pakaian semata mata atau mungkin biarkan hingga bakul penuh keesokan hari.

Menariknya tentang mesin basuh Samsung AddWash ialah reka bentuk satu pintu tambahan iaitu pintu AddWash yang dibina pada pintu utama membolehkan pakaian ditambah di tengah putaran basuhan. Caranya hanya dengan menekan butang ‘pause’ kemudian buka pintu AddWash dan tambah helaian yang tertinggal sebelum menyambung kitaran basuhan. Pintu muatan berasingan ini juga boleh digunakan untuk menambah pelembut pakaian semasa cucian.

Teknologi istimewa dari Samsung AddWash meringankan beban para ibu di rumah bagi menjimatkan masa dan tenaga tanpa perlu membasuh dua kali hanya kerana ada pakaian yang terlupa dimasukkan. Ramai yang nyata teruja dengan invosi pintu AddWash ini.

Teknologi Super Speed
Membasuh lebih pantas!

samsung_washing_machine_parent

Apabila ibu mendapat gumpalan baju, seluar dan sepasang stoking anak yang kotor dengan tanah selepas bermain bola di padang ditambah bau peluh, tugas mencuci menjadi sukar. Kesibukan harian terutama bagi ibu bekerja menyebabkan mereka hanya mempunyai masa untuk membasuh pada waktu malam. Pakaian yang sangat kotor dan terperap lama berbau lebih kuat menjadikan tugasan membasuh biasanya memerlukan masa lebih lama.

Tidak perlu lagi bertangguh membasuh pakaian hanya kerana tidak cukup waktu. Teknologi Super Speed merupakan  kejayaan Samsung menyediakan kitaran basuh yang lebih cepat dan lebih menyeluruh. Basuhan normal boleh disiapkan dalam tempoh 59 minit sehingga 50% lebih cepat berbanding mesin konvensional tanpa mengurangkan kualiti pembersihan.

Bilas pakaian lebih berkesan menggunakan Speed Spray dan percepatkan kelajuan putaran untuk mengeringkan pakaian lebih pantas. Teknologi Super Speed ini sesuai untuk muatan pakaian sehingga 5kg. Apabila basuhan siap dengan cepat, ibu masih ada masa untuk berehat atau bersama keluarga!

Samsung AddWash™ boleh didapati dalam 3 kapasiti:    12 KG   |   10.5KG   |   8 KG

Web: www.samsung.com/my
FB: samsungmalaysia
Careline: 1800-88-9999

The post RR Love: Samsung appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.

No comments:

Post a Comment