Mop lantai, vakum permaidani, bersih perabot mungkin perkara biasa bagi sesetengah. Apa boleh dilakukan selain cara ini yang tidak memerlukan bajet tinggi untuk mengembalikan semula wajah kediaman seperti baru didiami? Jom cuba tips berikut.
1) Mop menggunakan kaki
imej dari Clean Floor
Acap kali mengilap menggunakan tangan atau batang mop, Kali ini gunakan kaki anda untuk mengemop ruang yang sukar seperti baseboard. Gunakan sarung kaki untung mengemop, pasti anda tida menyangka kesannya lebih cepat dan bersih. Masa dan tenaga juga dapat dijimatkan.
2) Habuk
Sarung tangan getah yang lembab boleh membersihkan habuk dan juga bulu haiwan yang melekat pada sarung kusyen dan sofa anda. Dapatkan sarung tangan getah dan basahkan, cuba pada perabot fabrik anda dan lihat kesan ajaib. Anti-static dusting spray juga dapat menyingkirkan dan mengurangkan habuk, rambut dan sebagianya untuk melekat semula.
3) Permanent marker dan krayon
imej dari Wall Art
Jika mempunyai anak kecil yang baru sahaja menemui keajaiban permanent marker maka kemungkinan sangat besar untuk menemui karya seni di atas lantai dan perabot. Jangan bimbang, ia boleh dikeluarkan. Letakkan ubat gigi putih pada permanant marker dan gosok menggunakan kain atau paper towel.
4) Pembersih tingkap home made
imej dari Window Trick
Apa yang perlu lakukan untuk memastikan tingkap bersih tanpa jalur-jalur tanda kotoran adalah menggunakan air, cuka dan sabun. Campurkan ketiga-tiga bahan. Semburkan tingkap dengan campuran, gunakan kain putih untuk membasuh kemudian keringkan dengan suratkhabar. Hasilnya? Sparkly clean!
5) Hard water
imej dari Kitchen Secret
Kotoran degil atau pembentukan hard water pada faucets dan sekitar beberapa kawasan lain boleh dibersihkan dengan cuka. Jika ia permukaan yang rata, tuangkan sedikit cuka dan biarkan kira-kira 20 minit. Untuk faucet, gunakan paper towel direndam dalam cuka dan gosok.
6) Tanda terbakar
imej dari DIY Homes
Jika ada tanda terbakar pada perabot, untuk menghapuskannya gunakan lebih banyak haba dan kelembapan. Ambil beberapa lapisan kain dan semburkan dengan air. Letakkan lapisan kain ke atas kotoran kemudian iron selama kira-kira 15 saat.
7) Cahaya matahari
Bekas makanan yang disimpan selepas setahun semenjak Hari Raya tahun lepas. Malangnya, bekas makanan tampak kusam dan kesan kotoran degil. Walaupun merendam bekas makanan seharian, ia masih tidak bersih seperti asal. Mudah sahaja untuk menjadikannya kembali seperti baru, cuci bekas dengan sabun dan air suam, keringkan di tengah pancaran cahaya matahari. Biarkan selama lapan jam. Sinar matahari seumpama peluntur semula jadi yang boleh menghapuskankesan kotoran, dan ia percuma!
Selamat mencuba!
The post Edisi Raya: Genius Cleaning appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.
No comments:
Post a Comment