Bagi mengurangkan sebaran asap, pembentukan kotoran minyak dan bau masakan meresap, ramai pemilik dapur moden hari ini memilih menggunakan penyedut asap dapur di atas permukaan memasak sebagai penyelesaian. Dalam revolusi rekaan hud yang dikemas kini dari masa ke semasa, Fotile salah satu jenama yang menyediakan teknologi inovasi dapur kini terbaik memperkenalkan hud Fotile siri W.
Hud Fotile Siri W adalah hud generasi baru didatangkan dalam lima model iaitu EMS9016, EMS9017, EMS9018, EMS9019 dan EMS9020. Setiap satu daripada 5 model mempunyai ciri dan fungsi tersendiri.
Rekaan pelantar berbentuk sayap bagi Fotile Siri W adalah satu kejayaan rekaan yang selaras dengan teori Coanda Effect, satu aliran teori yang diperhatikan dan didokumentasikan sejak 1930 an lagi. Teori diaplikasikan pada rekaan hud Fotile siri W di mana asap dan minyak apabila tersentuh pelantar berbentuk sayap, ia menyerap ke dalam pelantar dan bergerak ke arah bahagian dalam tiga dimensi dengan cara yang cepat.
Teknologi penyedutan sekeliling meningkatkan zon penyerapan asap pada 0.21m persegi menjamin tiada kesan minyak dan asap yang terlepas keluar dari 4 penjuru hud berbanding penggunaan hud tradisional yang lebih kecil dan hanya menyedut asap yang berfokus di bahagian tengah semata. Fotile siri W mencapai kadar penapisan minyak yang sangat baik sebanyak 95% manakala kadar pengurangan bau sebanyak 97%.
Menariknya juga tentang siri ini, tahap bunyi serendah 49db mententeramkan kerja memasak di dapur.
Sementara itu, EMS9017 dilengkapi dengan Sistem Pengesan Bunyi Pintar di mana satu built-in sensor bunyi mengesan bunyi asap memasak berat dan hud akan bekerja pada mode paling kuat untuk menapis minyak dan asap.
Pada masa sama, pengurusan udara pintar adalah satu lagi fungsi yang terdapat pada hud ini di mana apabila kualiti udara sekeliling dikesan teruk atau kehadiran gas berbahaya, penunjuk bertukar menjadi merah dan kipas secara automatik membersihkan udara sehingga berkualiti yang kemudian berhenti dan penunjuk bertukar menjadi hijau.
Permukaan Fotile W merupakan keluli tahan karat yang menyumbang kepada gaya sleek dan elegan. Hud ini mudah dibersihkan hanya membuka empat pemegang, pelantar berbentuk sayap boleh ditanggalkan untuk tujuan membersih.
Hud Fotile siri W membolehkan pengguna menikmati waktu penyediaan makanan dalam dapur bebas minyak dan asap. Kata orang, dapur itu umpama jantung rumah. Lindungi jantung rumah anda daripada pembentukan minyak serta asap serta wap yang merosakkan dinding dan perabot dengan Fotile siri W!
Fotile Flagship Showroom:
A4-G1-02, Solaris Dutamas,
No 1, Jalan Dutamas 1,
50480 Kuala Lumpur
T +603 6205 5306
F +603 6205 5307
The post Fotile: Hud Generasi Baru appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.
No comments:
Post a Comment