Lama tidak bersua muka pelakon dan penyanyi, Diana Rafar atau nama sebenarnya Adiana Abdul Rafar,33, sekadar mengikuti perkembangannya melalui media sosial. Merancang untuk merakam aktiviti lapang beliau di rumah akhirnya termeterai. Kedatangan kami disambut mesra, Diana sibuk dengan persiapan untuk memasak. Maka kami memilih untuk menemaninya di dapur sambil berbual santai.
Walaupun sibuk dengan kerjaya, Diana masih memastikan urusan rumah tangga terjaga dan teratur. Asal ada kesempatan, isteri kepada aktor Zamarul Hisyam, 44 ini pasti akan turun ke dapur memasak buat keluarga tercinta.
“Diana dah jatuh cinta dengan Fotile”, ujar Adiana Abdul Rafar ketika kami berbual sementara tangannya cekap menumis bahan di dapur.
Jatuh cinta dengan Fotile? Oh, rupanya Diana merujuk kepada penyedut asap Fotile W yang baru dipasang di dapurnya. Nampak berbeza berbanding hud tradisional biasa.
Sambil lincah memasak, Diana ramah bercerita. Katanya teknologi dapur sangat membantu memudahkan urusan hari ini berbanding masa dahulu.
“Lihat saja penyedut asap dan bau Fotile W ini. Dulu, kalau memasak satu rumah penuh dengan asap. Kini, teknologi yang ada pada Fotile, asap terserap tanpa sempat pun kita nampak ke mana asap hilang”, ujarnya tersenyum.
Apabila diperhatikan memang benar, tiada kesan minyak dan asap di sekitar dapur Diana. Tambah Diana, Fotile W mempunyai zon penyerapan yang lebih luas, memerangkap asap dan minyak supaya tidak keluar dari empat penjuru hud. Senyap tanpa bunyi membutakan saat masak lebih tenang dan selesa. Fotile W dengan ‘High Efficient Extraction Technology’ mencapai powerful extraction dan tahap bunyi serendah 49db.
Setelah selesai memasak, ruang dapur Diana masih kelihatan rapi, langsung tidak berkecah. Fotile W ini juga mudah untuk kendalinya, hanya membuka pelantar dan bersihkan kesan minyak yang terperangkap. Tambahan lagi Fotile W yang direka dengan permukaan keluli tahan karat tampak elegan dan rapi.
The post Diana di Dapur Fotile appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.
No comments:
Post a Comment