Seni kaligrafi atau juga dikenali sebagai seni khat, iaitu satu bentuk seni tulisan khazanah Islam dari ribuan tahun lalu yang tinggi nilainya. Pagi peminat seni khat yang mencari kaligrafi bermotifkan elemen islam dalam riak moden dan abstrak bagi menghias kediaman, singgah galeri Jauhari- sebuah galeri yang menghimpunkan karya seni khat yang sangat indah.
Antara medium lukisan khat yang digunakan adalah metal dan ukiran kayu. Lukisan asli pula rata rata menggunakan cat minyak dan acrylic. Lorekan seni khat seperti khat thuluth, nasakh, diwani, kufi terukir cantik dan dibingkai dengan kemasan bingkai berkualiti tinggi seperti bingkai kayu pine Australia sudah tentu menambah nilai estetika sesuatu ruang tidak kira dimana ia ditempatkan.
Semua koleksi Jauhari adalah 100% hand painted dan handmade. Setiap satu koleksi dihasilkan secara teliti oleh pelukis dan penggiat seni dibawah naungan Jauhari. Selain membeli secara terus karya sedia ada, pelanggan juga boleh membuat tempahan khas untuk jenis khat yang dikehendaki, ayat yang ingin dilukis, pilihan warna, saiz serta teknik pembingkaian yang diinginkan. Jauhari memastikan setiap karya ditawarkan kepada pelanggan pada harga berpatutan dengan nilai yang tinggi.
Jauhari turut menyediakan hiasan dinding cermin venetian dan klasikal. Bukan saja menjadi pelengkap kediaman malah karya dari Jauhari sesuai dijadikan pemberian istimewa buat keluarga, kenalan atau hadiah korporat.
Jauhari
W: www.jauhari.com.my
Shah Alam
No.11, Jalan Boling Padang H 13/H
Seksyen 13
40100 Shah Alam, Selangor
T: +019 636 9388
Bandar Baru Bangi
No.32, Jalan Medan PB2B,
Seksyen 9, Pusat Bandar Baru Bangi
43650 Selangor.
T: +603 8920 9610
Alor Setar
No.42, Jaln Utama 3/1,
Kompleks Perniagaan Sultanah Bahiyah,
Lebuhraya Sultanah Bahiyah,
05100 Alor Setar, Kedah.
T: +604 7311 942
The post Majestik Seni Kaligrafi appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.
No comments:
Post a Comment