Sesiapa yang yang biasa dengan kawasan Jalan Tun Hs Lee, akan menyedari kewujudan sebuah kafe bernama LOKL atau syarikat kopi LOKL.
LOKL diasaskan oleh pasangan suami isteri Ng Ping Ho dan selebriti Cheryl Samad kerana sukakan gaya perseki taran di kawasan ini, mereka mengambil kesempatan untuk memulakan perniagaan dengan membuka sebuah kafe apabila ruangan bersebelahan BackHome KL dibuka. LOKL berasal daripada perkataan local (tempatan) dan gabungan nama KL (Kuala Lumpur) kerana kedudukannya di tengah Kuala Lumpur di mana pemiliknya berbangga memiliki kafe yang menjadi sebahagian daripada kewujudan Ibu Kota.
Walaupun terdapat banyak tempat makanan tempatan di Jalan Tun HS Lee tidak dapat menyangkal sama sekali LOKL cukup berbeza dengan gaya ruang yang selesa dan santai itu membuatkan pengunjung mampu menghabiskan masa mereka berjam lama di sini. Menggunakan khidmat MMN Design Sdn Bhd untuk kerja pengubahsuaian dan rekaan ruang dalaman, LOKL direka bentuk berdasarkan idea mewujudkan persekitaran selesa bagi warga Kuala Lumpur melarikan diri dari hiruk pikuk kota.
Melihat nama kafe dalam empat bahasa, Bahasa Malaysia, Bahasa Mandarin, Bahasa Tamil dan Bahasa Inggeris bersama logo ayam jantan, ia adalah reminisme old day, kenangan manis dari tahun 1950-an.
Daya tarikan old school di sini membuat pelanggan merasa nostalgia bersejarah di Pusat Bandar Kuala Lumpur. Tatkala berada di dalam pelanggan akan mendapati banyak daripada perabot kayu, lampu vintaj, gambar dan hiasan digunakan untuk mereka bentuk LOKL, diadukkan dengan sempurna untuk mengekalkan tema old school tersebut. Hiasan kafe tersebut juga menggabungkan beberapa elemen tradisional warisan kedai lama ke dalam tetapan kafe moden antaranya jubin yang digunakan pada dinding.
LOKL terdiri daripada kawasan dalaman dan courtyard bagi mereka yang lebih suka menjamu selera dalam konsep alfresco yang segar dan terbuka. Kafe ini boleh memuatkan kira-kira 30-40 pelanggan dalam satu masa.
Menyediakan Espressos, Latte Cappuccino serta kopi tempatan, LOKL adalah kafe yang perlu disenaraikan sebagai tempat wajib dikunjungi bagi penggemar kopi. Manakala pelanggan yang tidak menggemari kopi, LOKL menyediakan teh ais berperisa sebagai pilihan.
Bagi sajian pula, LOKL menawarkan hidangan lebih santai dan ringan sesuai untuk gaya lepak yang diketengahkan. Menu seperti pulled beef burgers, rosemary chicken thigh sandwiches dan Hainanese meatloaf yang merupakan hidangan popular di sini. Penyediaan salad pula menarik dan menyelerakan kerana LOKL percaya salad hanya bernilai untuk dinikmati jika ia disediakan dengan baik beserta gabungan segar, bagi pencuci mulut dihidangankan Gelato atau ais krim seperti Pistachio atau coklat dengan campuran coklat Snickers sudah mampu memberi kepuasan kepada peminatnya. LOKL juga menawarkan putumayam toastie.
Isimewanya tentang kafe LOKL ini menu akan dikemaskini setiap tiga bulan supaya pelanggan boleh menikmati sesuatu yang baru setiap kali singgah di sini.
The post Makan-Makan: Secangkir Kopi Mendamaikan appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.
No comments:
Post a Comment