Friday, July 1, 2016

5 Tips Untuk Memilih Sinki Yang Betul

reginox
Reginox

Pilihan bahan, ukuran dan jenis sinki yang tepat memudahkan penyelenggaraan dapur. Di pasaran, ada pelbagai saiz sinki namun pastikan ukurannya sepadan meja kerja dengan keluasan ruang dapur. Kepelbagaian bentuk dan ukuran sinki memberi pilihan kepada juru reka menyesuaikan reka bentuk dapur dengan kegunaan sinki.

1) Bahan Berkualiti

Haustern 8202 decoration
Haustern

Sinki yang baik ialah sinki yang berciri tahan lama, tahan hentakan, tahan karat dan kalis calar. Pelbagai jenis material sinki boleh didapati dalam pasaran. Sinki daripada bahan granit membuatkannya sentiasa dilihat baru. Sinki daripada keluli pula boleh jadi tahan karat namun mudah calar sekiranya tidak kerap digilap. Sinki marmar akan kelihatan moden dan cantik namun warnanya akan pudar. Tentu saja semakin baik kualiti sinki, harganya semakin mahal.

2) Kedalaman Tadahan

Reginox Texas 4040
Reginox

Sinki mempunyai mangkuk tadahan cetek berukuran 18 sentimeter sehingga minima 13 sentimeter sesuai bagi penggunaan yang minima. Kontra sinki kedalaman tadahan yang cetek ialah mendorong kepada berlaku lebih percikan air. Manakala, sinki dengan mangkuk tadahan yang lebih dalam seperti 20 sentimeter dan ke atas sesuai bagi memenuhi keperluan pengunaan sinki dan tugasan mencuci yang maksimum.

buenos-ads

3) Bentuk Mangkuk

Pemilihan bentuk mangkuk bergantung kepada citarasa pengguna dan keseuaian dengan tempat pemasangan. Mangkuk bulat biasa digunakan bagi melakukan tugas ringan dan sesuai diletakkan di tengah cabinet asas dapur. Mangkuk bersudut pula sesuai untuk pemasangan di penjuru dapur dan mangkuk jenis ini kelihatan lebih maskulin dengan ciri sudut empat penjuru.

4) Model Pemasangan

Jika mahu membeli singki dengan model pemasangan ‘undermount’ atau pemasangan singki dari bawah meja dapur, pastikan bahawa meja dapur diperbuat dari bahan yang kuat dan dapat menahan beban sinki.

5) Jumlah Mangkuk

X Two Concept Idaman-34
X Two Concept

Jika ukuran set dapur adalah terbatas, pilihlah singki yang memiliki ukuran standard atau satu mangkuk. Sinki dua mangkuk merupakan sinki berkembar dan berciri dwi fungsi iaitu membasuh dan mengering. Jumlah sinki tiga mangkuk dengan mangkuk tengah berfungsi sebagai bekas meletak perkasasan dapur dan pinggan mangkuk kering dan sering kali juga digunakan sebagai tempat sementara bahan segar makanan selepas dibasuh.

The post 5 Tips Untuk Memilih Sinki Yang Betul appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.

No comments:

Post a Comment