Saturday, July 16, 2016

RR Design: Energetic & Creative

Baik lelaki mahupun wanita, semakin ramai yang memilih untuk workout di gymnasium sebagai salah satu amalan gaya hidup sihat. Kesedaran yang semakin menunjukkan pola positif disokong oleh pusat gym seperti Chi Fitness @ Atria yang menyediakan suasana gymnasium selesa di samping kelengkapan sempurna bagi menarik minat orang ramai bersama mereka dan menggalakkan penjagaan kesihatan badan.

CHi_fitness
Chi Fitness @ Atria menggunakan khidmat pasukan S.O.D Design untuk mengubah suai ruang dalaman gym yang berkeluasan 11,467 kaki persegi.

Dari luar, dapat dilihat simbol Chi menyambut kedatangan pengunjung di bahagian reception. Refleksi energetik, warna jingga memancarkan aura bertenaga, pada sofa yang disediakan di luar berhampiran kaunter menyambut tetamu.

CHi_fitness-2



CHi_fitness-1

Body and mind, menghias latar belakang dinding kosong bewarna merah, simbolik bagaimana kesihatan tubuh mempengaruhi fikiran. Tidak jauh dari situ pengunjung akan menemukan ruang tertutup berwarna merah yang menempatkan alatan gymnasium seperti jogging treadmill, stationary bike, punch bag dan calf press.

Menariknya, dekorasi besi pada siling berbentk cubicle berserakan di bahagian siling mencipta dimensi unik dalam gymnasium ini. Dua meja dilengkapi tiga kerusi setiap satu menyediakan ruang tambahan kepada pengunjung untuk bersantai tatkala selesai aktiviti di sini.

Gymnasium ini turut dilengkapi tandas yang luas serta locker untuk  keperluan pengguna bagi penyimpanan barang. Aktiviti besenam akan lebih indah dengan suasana yang menarik.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://ift.tt/29F2a2c

The post RR Design: Energetic & Creative appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.

No comments:

Post a Comment