Wednesday, July 27, 2016

RR Design: Singapore Design Week 2016

 singapore-design-week-1 singapore-design-week

Festival tahunan ini diajur sebagai satu arena dinamik bagi para Pereka dan ahli perniagaan untuk berkumpul, bekerjasama dan bertukar pendapat mengenai reka bentuk, setiap peluang boleh diperolehi, serta kesan rekaan pada setiap aspek kehidupan. Lebih daripada 100 program reka bentuk dan acara dirangka sepanjang SDW berlangsung.

Satu daripada acara wajib SDW 2016 adalah Innovation by Design Conference di mana para peneraju dan ahli perniagaan reka bentuk membentangkan hasil reka bentuk inovatif melalui satu siri pembentangan di Creative Symposium, antara penceramah terlibat adalah Pengerusi dan Pengarah Wakil Ryohin Keikaku Co.Ltd, Mr Masaaki Kanai, serta Pereka terkenal Sepanyol yang juga Pengasas Hayon Studio, Mr Jaime Hayon. 

Turut membuat kemunculan sulung pada tahun ini adalah Dsg’s first Design and Make Fair di National Design Centre. Ia menjadi platform untuk orang ramai mencuba kebolehan mereka bentuk dan menghasilkan produk sendiri dengan kraf dan bahan tradisional unik.

The President’s Design Award 2006 – 2015*
singapore-design-week-5
A Decade of Design Excellence diadakan di National Design Centre. Acara penganugerahan ini memberi  penghormatan kepada Pereka Singapura serta reka bentuk yang memberi impak kepada kehidupan rakyat Singapura.

The Design Trails sangat popular kembali membawa pengunjung menerokai bandar bertemakan “Thoughtful Designs”, peserta akan menemui pelbagai rekaan local melalui satu siri perjalanan termasuk perhentian di beberapa ruang dan produk yang direka dengan teliti.

Antara sorotan lain sepanjang SDW adalah tentatif SingaPlural bertemakan “Senses – the Art and Science of Experiences”. Pameran perdagangan  perabot  International Furniture Fair Singapore 2016 (IFFS) dan MAISON&OBJET ASIA 2016 (M&O) juga kembali mempamerkan rekabentuk inovasif dan  perabot terkini secara menyeluruh. furniPRO diadakan sempena ASEAN Furniture Show dan The Décor Show di Singapore EXPO.

Planet Luna Installation
singapore-design-week-2
Bertempat di Bravery, 66 Horne road Singapore, syarikat pereka dari Malaysia MUKK telah membuat pelancaran produk Planet Luna dan Viam sempena Singapore Design Week 2016.

MUKK (木) diterjemahkan kepada “kayu” dalam bahasa Mandarin dan tidak menghairankan mengapa produk mereka dihasilkan menggunakan kayu sebagai bahan utama seperti wooden coaster, coffe table, polaroid hanger dan banyak lagi.

Dalam rangka memperkenalkan produk MUKK, satu projek dipanggil Planetluna installation dilakukan di dalam Bravery Cafe  dihiasi dengan begitu banyak Viam Pendant Light  iaitu lampu yang direka bersama kayu dan digantung dengan kreatif dalam cafe. Turut diadakan acara Coffe Party on Planet Luna di Cafe ini di mana pengunjung dapat menikmati kopi istimewa dalam ruang seni yang indah sambil berehat, bersosial serta bertemu rakan baru rata-ratanya dari industri berbeza.

Menariknya, meski selepas berakhir Singapore Design Week, ia menjadi lampu yang dipasang kekal di Bravery Cafe ini.

www.mukk.co

Award Winning Papilio di IFFS
Print
Papilio, jenama permaidani buatan tangan dari Belgium mempunyai lebih 385 konsep reka bentuk membawa rekaan berestetika ke dalam lingkungan hidup pengguna. Dijual di lebih daripada 45 buah negara sebahagian besarnya di Eropah dan Amerika Syarikat mengukuhkan kedudukan di peringkat global dengan melantik Studio Surplus Pte Ltd sebagai satu laluan membuka pasaran di Asia Tenggara dan Asia Timur. Penyertaannya  di IFFS 2016 memberi pendedahan kepada orang awam tentang permaidani buatan tangan berjenama ini.

Sebagai pengeluar permaidani buatan tangan yang amat mementingkan seni pembuatan permaidani, Papilio sangat mendukung budaya rekaan berteraskan greener world dengan menggabungkan upcycling dan recycling sebagai sebahagian daripada konsep reka bentuk.. Kreativiti Papilio menggunakan bahan kitar semula pada rekaan seperti dalam edisi The CYCLO dan edisi The Canvas telah melayakkan kedua duanya menerima anugerah Henry van de Velde dan Red Dot, dua anugerah yang menerima penghormatan besar di Belgium dan Germany.
Print

Selain bergantung kepada pasukan Pereka bentuk di Belgium, Papilio juga menggunakan kemahiran Pereka luar terkenal, Ann-Marie Jonckheere dan Gerd Couckhuyt. Papilio mampu menggabungkan pelbagai jenis bahan seperti kulit dan cow hair untuk mencipta tenunan indah. Malah, teknik tenunan untuk bahan yang berbeza sangat unik dan menjadikan setiap permaidani yang dihasilkan adalah rekaan khas.

www.papiliorugs.com

The post RR Design: Singapore Design Week 2016 appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.

No comments:

Post a Comment