Wednesday, July 27, 2016

RR idea: Bilik Tidur Blue Retreat

Why do people loves blue?
rr-idea-biliktidur-turn-design
Direka oleh | Turn Design

rr-idea-biliktidur-danielle-colding
Direka oleh | Danielle Colding

Biru adalah salah satu spektrum warna menenangkan. Ia sangat sesuai untuk ruang istirehat seperti kamar tidur mewujudkan latar belakang sempurna dalam ruang peribadi ia menjadi tempat paling sesuai melarikan diri dari sesak kehidupan di luar.

Kaji selidik oleh YouGov survey mendedahkan bahawa biru adalah warna paling popular di 10 negara dari empat benua termasuk Malaysia. Malaysia mencatat 25% undian daripada peserta kajian dan biru didapati cenderung lebih popular dalam kalangan kaum lelaki berbanding wanita, tidak hairan ia dikatakan sebagai warna maskulin.

Jadi kepada penggemar warna biru terutama jejaka Malaysia, teruskan meneroka helaian ruang ini untuk inspirasi kamar tidur kamu!

How blues compatible with any concept?
rr-idea-biliktidur-ana-concept
Direka oleh | A & A Concept

rr-idea-biliktidur-nu-infinity
Direka oleh | Nu Infinity

Apakah konsep kamar anda? Jika kontemporari, pilih warna biru lebih cerah dan imbangkan dengan kemasan tingkap serta linen katil dalam warna putih atau keemasan. Jika gaya moden jadi pilihan, kemasan lembut berwarna biru melengkapkan rekaan dalaman bertekstur seperti kayu pada dinding tumpu.

Dalam bilik tidur tradisional atau kedesaan, warna biru gelap mewujudkan latar belakang mewah untuk barangan antik dan perabot klasik serta karya seni. Sementara itu, gandingan warna biru pucat dan accent putih menyempurnakan kamar berkonsep shabby chic dan boleh diaplikasikan pada perabot lusuh memenuhi intipati konsep ini.

Pertimbangkan biru bersama kelabu atau lavender untuk kamar berkonsep romantik dan selesa. Bagi yang mahukan sebuah ruang riang, pilih biru langit serta sunny yellow sesuai untuk throw cushion dan kemasan tingkap. Mahu konsep tropika? Pilihan teduhan biru lebih cerah sudah pasti mencipta tetapan bak lokasi percutian tropika yang menenangkan.

Best matching with blue
rr-idea-biliktidur-id-industries
Direka oleh | Id Industries
rr-idea-biliktidur-turn-design-1
Direka oleh | Turn Design

Kalau anda seorang yang obses terhadap warna biru, maksimakan warna ini dalam kamar, guna teknik ombre, graduate warna biru dari gelap ke terang dan vice versa. Pastikan peralihan dari satu warna ke satu warna tampil harmoni. Teknik ini paling seuai untuk kamar bergaya eklektik.

Jika mahu menggandingkan biru bersama warna lain, saranan pertama cat dinding tumpu di bawah naungan biru terang atau gelap. Pilih warna sama untuk cadar atau gebar. Manakala dinding sisi lain boleh dicat kelabu, krim atau putih.

Biru juga kelihatan hebat jika digandingkan bersama rekaan dalaman berkonsep kayu atau warna seakannya. Biru navy atau indigo dipadankan dengan putih boleh mencipta satu kontra menakjubkan dan tampak segar.

Tips:
Warnakan siling dengan warna biru dan pancaran cahaya bagi menaikkan seri.

The post RR idea: Bilik Tidur Blue Retreat appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.

No comments:

Post a Comment