Friday, July 29, 2016

RR ikon: Langkah Seorang Pereka

Apakah cabaran menjadi seorang Pereka Bentuk Dalaman?
Menjadi seorang Pereka Bentuk Dalaman perlu ada keberanian dan yakin diri untuk mengubah suasana sedia ada kepada suasana baru dengan idea lebih menarik. Pereka Bentuk Dalaman perlu mencipta keistimewaan tersendiri dalam mereka bentuk sehingga dapat menghasilkan sentuhan indah yang berbeza berbanding pereka lain. Cabaran sudah tentulah proses merealisasikan lakaran idea dari sekeping kertas sehingga siap projek di mana, Profesionaliti, kepakaran serta pengalaman dalam pegurusan sesuatu projek sangat diperlukan bagi menjamin kepuasan pelanggan.

rr-ikon-haqi-fish-manhattan

Lapan tahun berada dalam industri dan telah memiliki firma interior design sendiri (aqi studio), apa pandangan Haqi tentang perkembangan industri Interior Design di Malaysia?
Pada pandangan saya industri Interior Design di Malaysia adalah cerah dengan banyaknya kemajuan dari segi pembangunan. Ia memberi peluang kepada saya untuk terlibat dalam pelbagai cabang rekaan seperti rekaan dalaman, landskap dan seni bina.

Antara rekaan dalaman kediaman, komersial, landskap dan seni bina, projek yang bagaimanakah diberi keutamaan? Mengapa?
Saya tidak memberi keutamaan kepada projek tertentu yang penting saya tidak akan siakan peluang mereka bentuk sesuatu projek yang saya terima.

rr-ikon-haqi-penang

Boleh kongsikan projek terbaru yang sedang dijalankan atau dalam perancangan?
Projek baru, kediaman moden kontemporari ( resort concept ) di Alam Sutera Bukit Jalil. Satu projek kediaman moden Inggeris di Penchala untuk rekaan dalaman, architecture dan kerja landskap masih dalam pembinaan serta projek pengubahsuaian banglo moden Inggeris di Tempua, Puchong Jaya yang telah siap 90%.

rr-ikon-haqi-bukit-jalil

Selain menerima projek di Malaysia, adakah Haqi menerima projek luar Negara?
Alhamdulillah, saya berpeluang berkerjasama  firma reka bentuk dari Hong Kong, CAVE DESIGN STUDIO untuk menyiapkan facade design service apartment serta rekaan dalaman di Comfort Terrace, Hong Kong. Dalam menyiapkan projek ini saya perlu memahami budaya dan identiti pembangunan di Hong Kong bagi memudahkan proses mereka bentuk.

rr-ikon-haqi-hong-kong

Apa perancangan Haqi untuk memastikan Aqi Studio sentiasa kompetitif dan maju dalam industri?
Bagi memastikan Aqi Studio sentiasa kompetitif dan maju saya memperluas skop kerja dari kerja reka bentuk dalaman, landskap sehingga architecture. Pada masa sama juga Aqi Studio turut membuat kerja Design & Built. Saya sentiasa mengikuti perkembangan semasa bagi menghasilkan rekaan menarik mengikut trend.

Ribuan graduan Interior Design dihasilkan setiap tahun, apa nasihat Haqi kepada mereka yang baru mula mencari tapak dalam industri ini?
Rekaan dalaman merupakan satu kerjaya profesional dan ada saingan tinggi untuk masuk dan kekal dalam industri.  Graduan perlu selalu meningkatkan kemahiran serta sentiasa mengikut arus perkembangan dunia rekaan, sentiasa belajar dan menambah ilmu dalam mereka bentuk sesuatu design.

“Menjadi seorang pereka bentuk dalaman perlu ada keberanian dan yakin diri untuk mengubah suasana sedia ada kepada suasana baru dengan idea lebih menarik”-Haqi-s

Nama Penuh : Muhamad Baihaqi Abdul Rashid
Email : aqistudiodesign@gmail.com
Kerjaya : Pereka Dalaman, Landskap dan Architecture
Projek rekaan : Kediaman Alam Sutera Bukit Jalil/Terrace Hong Kong/Banglo, Tempua, Puchong Jaya. DLL.

The post RR ikon: Langkah Seorang Pereka appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.

No comments:

Post a Comment