Pecahkan kebuntuan anda dengan mengikuti direktori di bawah kerana kami sudah meneroka tempat tempat best untuk shopping perabot di Kuala Lumpur dan kawasan sekitar.
Salah satu daripada kedai konsep hiasan rumah dan pengedar tunggal pelbagai jenama mewah diimport baik perabot moden, klasik dan perabot premium Amerika di Asia. Koleksi hebat yang dibawakan menyenaraikan ia sebagai kedai mesti singgah untuk mencari perabot rumah terutama yang bercitarasa tinggi. Antara rangkaian perabot termasuk koleksi Bazzi, Cappelletti, Natuzzi, Versace, Elizabeth Oxfords Creation dan banyak lagi.
Da Vinci
No 1017, Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur.
T: +603 2026 2633
B: http://ift.tt/2b2cEwI
Nama Courts bukan asing lagi sebagai tempat membeli belah perabot. Dengan banyak promosi yang ditawarkan dan sering menguwar uarkan jaminan harga terendah, pastikan anda sentiasa mengemaskini info promosi supaya tidak terlepas peluang mendapatkan perabot pada harga jauh lebih murah! Anda boleh bersenang hati bergaya dengan perabot baru tanpa perlu berbelanja besar.
Courts (Malaysia) Sdn Bhd
No 35, Jalan Genting Kelang, Setapak
53300 Kuala Lumpur
T: +603 4026 8664
W: http://ift.tt/137hLN3
Satu jenama yang meningkat naik dalam industri perabot Asia Tenggara termasuk di Malaysia. Lorenzo ada dua koleksi utama iaitu Dante- the classic leather collection, dan Enzo-the wood-based collection. Berkongsi sedikit info tentang kualiti, setiap sofa Lorenzo dibuat daripada high resilient foam (HR foam) yang dipatenkan dan dipilih khas kerana memiliki sifat seperti tegangan dan mampat. Manakala perabot kayu Lorenzo menggunakan kayu berkualiti yang terkenal dengan ketahanan semula jadi dan mudah dijaga. Ia dibina dengan papan gentian ketumpatan sederhana (MDF) dengan kemasan kayu venir serta PU lacquer. Setiap perabot Lorenzo dibuat di kilang sendiri untuk memenuhi kawalan kualiti tertinggi daripada proses pemilihan bahan yang terbaik hingga perabot siap. Pelbagai perabot berkualiti dan cantik boleh didapati di Lorenzo termasuk perabot ruang tamu, perabot ruang makan dan bilik tidur.
Ginova Marketing Sdn Bhd
Lot 279 Jalan 1A Kampung Baru Subang
40150 Shah Alam Selangor Darul Ehsan, Malaysia
T: (603) 7847 4017
F: (603) 7840 0741/42
W: http://ift.tt/1Mioon9
Harvey Norman jenama dari Australia yang menembusi pasaran Malaysia dan berjaya meletakkan namanya sebaris dengan syarikat penyedia kelengkapan rumah terkemuka di sini. Harvey Norman membawakan rangkaian luas perabot dan baranagn keperluan rumah. Tidak kira sama ada anda mencari sofa bed, couch, meja atau koleksi perabot dan hiasan, ada sesuatu yang akan memenuhi kehendak dan bajet anda di sini. Singgah di showroom mereka :
IPC Shopping Centre
Unit F3, 1st Floor
No. 1 Jalan PJU 7/2,
Mutiara Damansara,
47800 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
T: +60 3-7718 5200
W: http://ift.tt/1lU9wl6
Nama yang kukuh dalam pasaran perabot moden dan kontemporari di Singapura, Malaysia dan Indonesia. Sofa, meja kopi, konsol televisyen, katil sehingga perabot ruang makan sangat unik dan halus buatannya. Kemahiran ketukangan yang digunapakai untuk menhasilkan ciri reka bentuk yang indah, Cellini sentiasa berada di hadapan dalam trend terkini reka bentuk perabot.
Mid Valley Megamall
Units S077-S079 2nd Floor
Mid Valley City
58000 Kuala Lumpur
T: +603 2283 6505
W: http://ift.tt/2bkUg09
Perabot Rozel bertujuan memenuhi cita rasa kelas pertama dan mewah untuk pelanggan yang mahukan yang terbaik untuk gaya hidup mereka. Rozel telah meluaskan portfolio produknya dari rangkaian sofa dan kini menawarkan perabot lebih meluas merangkumi rangkaian perabot untuk ruang tamu, ruang makan dan bilik tidur. Hari ini, Rozel sudah melebarkan sayapnya dengan 17 buah galeri showroom di seluruh Malaysia. Bagi warga kota Kuala Lumpur dan Selangor singgah di galeri mereka yang beralamat;
Rozel Showroom
No.1, Lorong Batu Nilam 1A,
Bandar Bukit Tinggi,
43000 Klang, Selangor.
T: +60 3-3323 4972
W: http://ift.tt/MfDksy
Kilangnya terletak di Kampung Baru Sungai Buloh Selangor. Manakala showroom pula berdiri kukuh di tiga lokasi utama, dua di dalam Malaysia iaitu Setia Alam dan Sri Damansara dan satu lagi di Beijing China. Selain dari bahan berkualiti tinggi yang digunakan, kemahiran pertukangan menjadi nadi yang ‘menghidupkan’ rangkaian perabot Novel. Setiap satu perabot Novel direka teliti oleh pereka dalaman Novel. Elemen timur dan barat dijadikan intipati dalam setiap kepingan perabot berkonsep moden, klasik, neoclasic tropical dan kontemporari.
Showroom
39, Jalan Persiaran Industri,
Bandar Sri Damansara,
Kuala Lumpur, 52200, Malaysia.
T: +60 3-6277 9024
W: http://ift.tt/2bkUapw
SSF, pusat membeli belah rangkaian keperluan rumah mempunyai 25 bilik pameran dengan shop area merangkumi lebih 500,000 kaki persegi dan menjual lebih 30,000 produk. SSF pusat sehenti hiasan rumah yang berterusan menyediakan pelbagai pilihan perabot sebagai sumber bagi pelanggan mencipta rumah impian. Rekaan inovatif SSF bermula dari konsep French country homes, Victoria, Oriental, Fusion, Modern, hingga English untuk memenuhi kehendak pelbagai segmen pengguna.
Showroom
2601, Off Jalan Welfare,
Kg. Baru Sg. Buloh,
47000 Selangor, Malaysia.
T: +603 – 6140 2020
W: http://ssfhome.com/
BoConcept
Sofa, armchair, meja kopi, meja konsol, almari pakaian, storage, rak dan banyak lagi perabot boleh didapati di BO Concept. Mengambil tradisi reka bentuk Denmark yang berkisar sekitar gaya kesederhanaan dan praktikaliti, BoConcept mempunyai rantaian pengedar di peringkat global dengan 295 unit jualan di 58 buah negara di seluruh dunia termasuk Malaysia. Bo Concept juga menawarkan reka bentuk perabot customised dan aksesori.
BoConcept BSC
Bangsar Shopping Centre
T112-115, 3rd floor 285 Jalan Maarof,
Bukit Bandar Raya
59000 Kuala Lumpur.
T: +603 2011 0178
W: http://ift.tt/2b2d1HP
Konsep Scandinavia semakin mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia sehingga ia dikenalpasti sebagai trend hiasan dalaman tahun ini. NestNordic menawarkan konsep Scandinavia yang membolehkan orang mencari apa yang mereka mahu untuk kediaman dan telah mengkategorikan konsep reka bentuknya kepada 3 siri – Mature, Young dan Neutral bagi mencapai sasaran kumpula pengguna yang berbeza. Siri Mature memberi tumpuan kepada penggunaan bahan-bahan seperti kulit, dan tema berwarna gelap. Sebaliknya, siri Young dibentangkan dalam warna riang, reka bentuk berani, selain disampingh elemen suai dan padan. Sementara itu, siri Neutral lebih mengesankan dengan penggunaan warna neutral dan terang baik pada perabot mahupun aksesori.
NestNordic.com @ Kuala Lumpur, Malaysia
No. G2 – G3A, Oval Tower Damansara,
Jalan Damansara,
60000 Kuala Lumpur, Malaysia
T: +603-7733 7605
W: http://ift.tt/2b2dcTj
The post 10 Kedai Perabot Pilihan Di Malaysia appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.
No comments:
Post a Comment