Di Malaysia, pemilik rumah menghadapi situasi kekangan ruang dapur terhad tidak mencukup untuk bergaya dengan kaunter dapur atau pertambahan peralatan yang bakal mengurangkan lagi ruang kerja sedia ada. Daripada kajian Life At Home yang dijalankan oleh IKEA awal tahun 2015, walaupun mempunyai kekangan ruang lebih 57% daripada tindak balas penduduk sekitar Kuala Lumpur masih gemar memasak dan 60% daripadanya kerap menonton program masakan.
“Kami percaya bahawa setiap orang harus ada peluang mempunyai dapur berkualiti, walaupun mungkin kurang dari segi kewangan atau kawasan dapur terhad. IKEA telah mengubah ciri asas pembinaan dapur moden dengan memperkenalkan sistem modul fleksible METOD” kata Pengurus Stor IKEA Damansara, Gerard Jansen.
Reka bentuk dan fungsi METOD dipertingkatkan dengan ciri smart storage dan fleksibel. METOD menawarkan kebebasan mewujudkan dapur memenuhi impian individu walaupun dalam kawasan terhad tetapi mampu memiliki dapur berkualiti pada harga mampu milik.
Apa yang menarik tentang METOD untuk ruang terhad adalah :
- Kabinet METOD boleh didapati dengan ketinggian 80 cm yang mencipta lebih ruang dan 60 cm, yang menurunkan ketinggian permukaan kerja atau boleh digabungkan dengan kaki rak 28 cm.
- Alas tiang asas diturunkan dari 16 cm hingga 8 cm, membuka lebih banyak ruang simpanan dalam kabinet asas.
- Kerana modularlity, laci boleh diletakkan secara bebas. Sebagai contoh, kabinet 80cm boleh mempunyai dua 40cm laci.
- Top kerja, kabinet dan drawer lighting system sempurna dengan semua kabel tersembunyi di sebalik kabinet supaya dapur sempit tidak kelihatan bersepah.
- Dengan suspension rail, pemasangan kabinet menjadi mudah. Hanya attach rel pada dinding, kemudian gantung kabinet dan kunci pada tempat dimahukan.
Sila jumpa RR 37 untuk artikel lengkap.
The post Fokus Dapur: IKEA appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.
No comments:
Post a Comment