Apabila pereka bentuk Malaysia Hsu – Li Teo dan pasangannya Stefan Kaiser melontarkan idea pembahagi Sticks (berdasarkan skrin 1950), Dirk Wynants segera melihat potensi reka bentuk praktikal dan serba boleh ini untuk dikomersialkan.
Sticks mengakhiri pencarian rekaan skrin multiuse dengan kebolehan untuk diaplikasi pada ruang dalam dan luaran, kerana ia tidak goyah ditiup angin. Pembahagi ruang Stick sesuai untuk mewujudkan rasa privasi di taman atau di balkoni tanpa kehilangan rasa kebebasan di kawasan lapang. Sticks datang dalam beberapa pilihan saiz panjang serta material, seperti pilihan asas kayu dan getah yang kukuh mengikut kawasan yang mahu ditempatkan.
The post RR Design Semasa: Lebih Dari Sekadar Sticks appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.
No comments:
Post a Comment