Apa itu lantai lamina?
Lantai lamina adalah produk lantai kayu yang mempunyai banyak lapisan sintetik. Lapisan teras lantai lamina dihasilkan daripada melamine resin yang direka untuk menahan kelembapan yang boleh menyebabkan papan meleding.
Di atas lapisan teras yang dibuat daripada papan serat padat serta tinggi diperkukuh dengan resin khas untuk meningkatkan lagi rintangan kelembapan dan ketahanan.
Lapisan atas dikenal sebagai wear layer. Lapisan ini melindungi permukaan reka bentuk daripada pudar, calar dan rosak akibat haus dan lusuh digunakan setiap hari. Wear layer mempunyai cetakan imej bertekstur kayu sebenar.
Lantai kayu lamina terkenal lebih tahan kelembapan berbanding lantai kayu hardwood dan lantai kayu engineered. Boleh jelaskan proses pembuatan di sebalik kelebihan ini?
Lapisan luar kebanyakan lantai lamina daripada melamine resins dan aluminum oxide dibentuk menggunakan suhu tinggi dan tekanan ekstrem. Permukaan lantai yang terhasil menjadi lebih keras daripada kayu hardwood menjadikan ia lebih tahan lembab dan sukar rosak..
Kelebihan lantai kayu lamina jika dipasang di ruang tamu?
Lantai kayu lamina mempunyai tekstur permukaan yang meniru photographic image papan kayu asli. Walau bukan 100% sama persis kerana keunikan kayu asli, imej janaan komputer menjadikan ia nampak sangat realistik. Selain mengindahkan ruang jika dipasang, lantai kayu Lamina memberi kehangatan kepada kaki kerana ketebalan dan komposisinya. Mempunyai kemasan permukaan bersifat tahan noda dan tahan calar, ia adalah satu pilihan menarik bagi isi keluarga aktif, keluarga dengan kanak-kanak dan bagi yang mempunyai haiwan peliharaan.
Cara membersihkan lantai kayu lamina?
Hanya sapu secara berkala, dry mopping, atau mengelap dengan kain lembap untuk menjaga dan mengekalkan lantai lamina.
Kos bahan dan pemasangan lantai kayu lamina?
Kos Efektif. Lantai lamina boleh menjadi pilihan sesuai untuk bajet rendah. Harga lantai ini biasanya bergantung kepada tahap realistik penampilannya. Kos upah pemasangan juga lebih murah berbanding kos buruh lantai hardwood dan engineered kerana ia lebih mudah untuk dipasang.
Adakah ia bermakna pengguna boleh DIY?
Ya. Interlocking system membolehkan kepingan lantai kayu lamina senang dicantum tanpa menggunakan pelekat, stapler atau paku. Ia mengambil masa yang sekejap untuk dipasang termasuk dalam kawasan yang luas seperti ruang tamu. Sesiapa sahaja termasuk pengguna yang mempunyai kemahiran pertukangan asas boleh memasang lantai lamina secara DIY.
Bagaimana pula dengan resale value? Adakah lantai kayu lamina dapat membantu mengukuhkan harga kediaman jika ingin dijual?
Lantai kayu lamina boleh mempunyai jangka hayat yang sama dengan engineered hardwood bergantung kepada kualiti bahan dan gred yang dipilih. Ia sesuatu yang boleh diambilkira jika anda mempertimbangkan untuk menjual kediaman di masa akan datang.
The post RR Tips: 7 Sebab Memilih Lantai Kayu Lamina appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.
No comments:
Post a Comment